Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu :
- Pengilangan
- Perlombongan dan Pengkuarian
- Pembinaan
- Hotel dan Restoran
- Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
- Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
- Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
- Kemudahan - Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
- Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
- Perniagaan Borong dan Runcit
Borang-borang yang digunakan dalam melaporkan sebarang kejadian berbahaya di tempat kerja adalah seperti berikut ;
JKKP 6 - Laporan mengenai kemalangan/kejadian berbahaya
JKKP 7 - Laporan mengenai keracunan pekerjaan/penyakit pekerjaan
JKKP 9 - Maklumat berkaitan kemalangan
JKKP 10 - Maklumat berkaitan keracunan/penyakit pekerjaan
Borang-borang di atas boleh didapati melalui pautan Laman Web Rasmi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Kes-kes kemalangan juga boleh dilaporkan menggunakan Borang Laporan Kes Kemalangan.