Kriteria dan Petunjuk Malaysia bagi Pensijilan Pengurusan Hutan (Hutan Asli) [atau singkatannya MC &I (Hutan Asli)] adalah menggantikan Kriteria dan Petunjuk untuk Pensijilan Pengurusan Hutan di Malaysia [atau singkatannya MC&I (2002)], sebagai standard untuk digunakan bagi pensijilan pengurusan hutan bagi hutan asli di peringkat FMU di Malaysia.
MC&I (2002) telah digunakan sebagai standard untuk pensijilan pengurusan hutan di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) yang dikendalikan oleh Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) sejak Oktober 2005. Selaras dengan amalan antarabangsa dan proses penetapan standard untuk pembangunan standard pensijilan yang diterima pakai di bawah MTCS, di mana ianya memerlukan kajian semula dijalankan sekurang-kurangnya setiap lima (5) tahun sekali untuk memastikan penambahbaikan dibuat secara berterusan.
Sehingga kini, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya mengekalkan pengiktirafan Sijil Malaysian Criteria and Indicators (MC&I) bermula dari tahun 2002. Hasil pengauditan Pensijilan Semula / Pemantauan oleh badan pensijilan bebas pada 25 Februari 2019 sehingga 2 Mac 2019, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah memperolehi Sijil Pengurusan Hutan mengikut Standard MC&I (Hutan Asli) untuk tempoh 1 Jun 2019 sehingga 31 Mei 2024.
Mulai September 2021 MC&I (Hutan Asli) ditambah baik dengan pertambahan Petunjuk dan Verifier yang baru dan digunapakai sebagai Dokumen Kriteria dan Petunjuk Malaysia Untuk Pengurusan Hutan Mampan MC&I SFM.