Lokasi
Lokasi
Tarikan
Tarikan
Air terjun bertingkat yang cantik - 39 tingkat, air sungainya bersih dan jernih menarik anak-anak ikan berkeliaran di celah-celah batu dan bermain di air terjun.
Kedudukannya jauh dari kesibukan, dengan pemandangan hutan yang menghijau dan kaya dengan flora dan fauna memikat hati semua pengunjung yang datang.
Hutan Lipur ini sering digunakan oleh pelajar untuk beriadah terutama dimusim cuti sekolah.
Pihak Perhutanan juga telah menubuhkan Kumpulan Cintai Hutan dan berkumpul disini setiap tahun (2 kali setahun) melalui program kem cuti sekolah bagi pelajar-pelajar. Program ini dikendalikan oleh Pusat Latihan Pembangunan Hutan, Belimbing.
Tarikan yang terdapat di Taman Eko Rimba Jerangkang:
- Sungai
- Berkhemah
- Berkelah
- Flora
- Air Terjun
Kemudahan
Kemudahan
Kemudahan yang terdapat di Taman Eko Rimba Jerangkang:
- Pondok Rehat
- Parkir
- Tandas
- Surau
- Tempat Memasak