Skip to main content

Kemudahan yang terdapat di Taman Eko Rimba Mossy Forest:

  1. Boardwalk
  2. Pondok Rehat
  3. Parkir
  4. Menara Pandang
  5. Tandas

Tarikan

Mossy Forest adalah hutan semulajadi yang lembap, berlumut dan basah sepanjang tahun. Ia merupakan pintu masuk ke laluan mendaki Gunung Irau. Pengunjung boleh menikmati pemandangan unik sekitar Mossy Forest dengan melalui boardwalk sepanjang kira-kira 600m.

  1. Mendaki Gunung
  2. Flora
  3. Fauna

Jenis Hutan

Hutan Dipterokarp Atas dan Hutan Montane (Hutan Tanah Tinggi)

Lokasi

Kompartmen 31 Hutan Simpan Batu Gangan. Keluasan pembangunan lebih kurang 2 hektar. Terletak di Brinchang, Cameron Highlands.