Taman Eko Rimba Gunung Senyum
-
Lokasi
Lokasi
Kompartmen 1,2,3, dan 4 Hutan Simpan Jengka. Keluasan pembangunan lebih kurang 10 hektar. Terletak 39 km dari Temerloh dan 149 km dari Kuantan. -
Tarikan
Tarikan
Terdapat sebanyak 19 buah gua di Gunung Senyum dan 5 lagi di Gunung Jebak Puyuh. Tiap-tiap gua ini mempunyai struktur batu yang unik dan berlainan di antara satu dengan lain. Antara ciri fizikal yang dijumpai adalah Stalagtif, Stalagmit, dan Colum yang menarik. Disamping itu setiap gua mempunyai kesan-kesan sejarah manusia zaman mesolitik. Pelbagai aktiviti yang berkonsepkan "ecotourism" boleh diadakan di Gunung Senyum sepertu berkhemah, meneroka gua-gua, berjalan malam dan aktiviti lasak seperti mendaki. Dalam aktiviti "jungle trekking" ke Gunung Jebak Puyuh, pengunjung boleh menikmati keindahan hutan asli semulajadi.
Tarikan yang terdapat di Taman Eko Rimba Gunung Senyum:
- Berkelah
- Flora
- Kajian/Pendidikan
- Fauna
- Treking
- Jelajah Gua
- Berkhemah
-
Jenis Hutan
Jenis Hutan
Hutan Pamah (Batu Kapur). -
Kemudahan
Kemudahan
Kemudahan yang terdapat di Taman Eko Rimba Gunung Senyum:
- Chalet
- Pondok Rehat
- Surau
- Asrama
- Tempat Memasak
- Pusat Informasi