Skip to main content

Lesen Mengambil Hasil Hutan

Nama Lesen Lesen Mengambil Hasil Hutan (Borang 1)
Aktiviti / Jenis Lesen Mengambil hasil hutan (kayu balak sahaja) dari Hutan Simpanan Kekal dan Hutan Tanah Kerajaan
Tujuan Lesen untuk mendapatkan kebenaran mengambil hasil hutan (kayu balak) dari pada mana­-mana Hutan Simpanan Kekal dan Hutan Tanah Kerajaan
Lokasi permohonan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tingkat 5, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Syarat permohonan
  1. Pemohon hendaklah mengemukakan surat rasmi permohonan lesen beserta pelan kawasan pemohon.
  2. Permohonan hendaklah memberi pelan kawasan permohonan.
  3. Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan mengangkat permohonan untuk kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) untuk mengambil hasil hutan antara 6 bulan sehingga 12 bulan.
  4. Setelah kelulusan diberi oleh (MMK), lesen mengambil hasil hutan akan dikeluarkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri (PPN). Lesen ini hendaklah dikeluarkan bagi tempoh, antara 6 bulan sehingga 12 bulan.
Fi / Tempoh Sah Laku
Lesen
  1. Bayaran Proses Permohonan: RM5.00/ha
  2. Penyediaan & Pengesahan Sempadan: RM30.00/ha
  3. Hutan Simpanan Kekal:
    Deposit: RM255.00/ha
    Premium Balak: RM4200.00 x ha
  4. Hutan Tanah Kerajaan:
    Deposit: RM170.00/ha
    Premium Balak: RM3500.00 x ha
  5. Lain-lain bayaran (pendaftaran pelesen/kontraktor balak, permit penggunaan jalan/kongsi/matau, tukul pengelasan/hasil, bayaran jaras) yang berkaitan
Tiap-­tiap lesen hendaklah dikeluarkan bagi tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh keluarannya dan boleh diperbaharui selama tempoh pembaharuan tidak lebih dari enam (6) bulan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang bagi Pihak Berkuasa Negeri Pahang dengan mengemukakan permohonan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh tamat tempohnya.
Entiti Perniagaan yang Layak Memohon Syarikat/ koperasi (Yang telah berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang)