Skip to main content

HCV di Negeri Pahang

Pengurusan Kawasan Yang Mempunyai Nilai Pemeliharaan Tinggi (HCV) merupakan satu keperluan pensijilan pengurusan hutan di bawah Kriteria dan Petunjuk Malaysia untuk Pensijilan Pengurusan Hutan Mampan di Semenanjung Malaysia [Malaysia Criteria & Indicators for Sustainable Forest Management (MC&I SFM)].

Merujuk kepada Prinsip 9 (MC&I SFM) pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengurusan di kawasan yang mempunyai nilai pemeliharaan tinggi bagi setiap Unit Pengurusan Hutan (FMU) perlu mengekalkan atau meningkatkan sifat-sifat yang mentakrifkan kawasan tersebut. Keputusan-keputusan mengenai kawasan yang mempunyai nilai pemeliharaan tinggi tersebut hendaklah sentiasa dipertimbangkan dalam konteks pendekatan secara berwaspada (precautionary approach).

Istilah High Conservation Value Forest (HCVF) telah digunakan di dalam Prinsip 9 MC&I SFM bagi maksud kawasan yang mempunyai nilai pemeliharaan tinggi manakala The Malaysian National Interpretation for the Management and Monitoring of HCVs (published January 2022) [Panduan HCV 2022] dan Malaysian National Interpretation for the Identification of HCVs (published August 2018) [Panduan HCV 2018] menggunakan istilah High Conservation Value (HCV) bagi maksud kawasan yang mempunyai nilai pemeliharaan tinggi.

Penetapan kriteria kawasan HCV adalah berdasarkan kepada panduan HCV Malaysia Toolkit Steering Committee, 2018 dan diadaptasikan mengikut keperluan dan kesesuaian pengurusan hutan secara berkekalan di Semenanjung Malaysia seperti berikut:

KATEGORI HCV PENERANGAN
1

Kawasan HSK yang mengandungi tahap nilai kepelbagaian biologi yang signifikan pada peringkat global, serantau dan nasional [Contoh: spesies terancam yang tersenarai dalam International Union For Conservation of Nature’s (IUCN) Redilist dan spesies endemik].

2

Kawasan landskap yang besar, pecahan ekosistem dan landskap hutan yang signifikan pada peringkat global, serantau dan nasional yang mempunyai kandungan populasi yang tinggi majoriti spesies yang wujud secara semula jadi (Contoh: kawasan hutan berlumut dan hutan rawa).

3

Kawasan HSK yang berada di dalam atau mengandungi| ekosistem yang Sangat Terancam, Terancam dan Jarang ditemui (Contoh: jenut dan suaka hidupan liar).

4

Kawasan HSK yang menyediakan fungsi dan perkhidmatan ekosistem dalam keadaan kritikal.

5

Kawasan HSK yang penting dalam membekalkan keperluan asas komuniti tempatan (Contoh: sumber makanan dan air).

6

Kawasan HSK yang bersifat kritikal kepada identiti budaya tradisi komuniti tempatan yang mempunyai kepentingan budaya, ekologi, ekonomi atau keagamaan yang dikenalpasti dengan kerjasama komuniti tempatan (Contoh: tanah perkuburan atau tempat suci dan kawasan pra sejarah).


Sehingga kini di Negeri Pahang, terdapat lima (5) kawasan yang telah diisytiharkan sebagai HCV di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Kawasan HCV ini dipantau sepenuhnya oleh kakitangan Pejabat Hutan Daerah terlibat dan kutipan data dibantu oleh Pejabat Pembangunan Hutan (Zon Pahang Timur, Tengah & Barat).

Negeri No. Petak HCV Bil. Petak Hutan Simpan Daerah
Pahang C-HCVF-B01 1 HS Gunung Benom
(Lata Jarum)
Raub
C-01-HCVF-C 2 Taman Negeri Endau-Rompin (Padang Tujuh) Rompin
C-02-HCV-A 3 HS Pontian Rompin
C-HCVF-B03 4 HS Lentang Bentong
C-04-HCV-A 5 HS Paya Pasir Temerloh

 
Pewartaan kawasan-kawasan ini sebagai kawasan HCV akan membantu pihak Jabatan dalam pengawalan, pemantauan dan pengekalan habitat serta sumber-sumber unik yang terdapat di negeri Pahang. Ini kerana, kawasan HCV ini bukan hanya tertumpu untuk pemeliharaan sahaja bahkan ia menjadi kawasan tumpuan penyelidik untuk membuat kajian dan menjadi salah satu kawasan tarikan untuk eko-pelancongan. Jabatan juga mengambil usaha untuk menyediakan rancangan pengurusan HCV dalam masa terdekat ini bagi memastikan pemeliharaan dan pemantauan kawasan HCV dapat dilaksanakan secara teratur dan keunikan sumber yang terdapat di dalamnya sentiasa terpelihara serta memenuhi keperluan sosial masyarakat setempat dan juga global.

Berikut ialah maklumat berkaitan HCV di Negeri Pahang :-

HCV di Lata Jarum di Hutan Simpan Gunung Benom 

Pengenalan
Rancangan Pengurusan HCVF Di Lata Jarum, Hutan Simpan Gunung Benom
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2012
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2013
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2014
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2015
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2016
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2017
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2018
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2019
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2020
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2021
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2023 
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2024
Maklumat Pemantauan Bulanan Bunga Rafflesia Tahun 2025
HCV di Padang Tujuh di Hutan Simpan Endau

Pengenalan
Rancangan Pengurusan HCVF di Padang Tujuh, Hutan Simpan Endau
Laporan Bancian Tahun 2019
Laporan Bancian Tahun 2020
Laporan Bancian Tahun 2021
Laporan Bancian Tahun 2022
Laporan Bancian Tahun 2023 
Laporan Bancian Tahun 2024 
Laporan Bancian Tahun 2025
Laporan Bancian Tahun 2026
HCV di Hutan Paya Laut, Hutan Simpan Rompin

Bancian Cadangan HCVF di Hutan Paya Laut, Hutan Simpan Pontian
Rancangan Pengurusan HCVF di Hutan Simpan Paya Bakau Pontian 
Laporan Bancian Tahun 2019
Laporan Bancian Tahun 2020
Laporan Bancian Tahun 2021
Laporan Bancian Tahun 2022
Laporan Bancian Tahun 2023 
Laporan Bancian Tahun 2024 
Laporan Bancian Tahun 2025
Laporan Bancian Tahun 2026
HCVF di Hutan Simpan Lentang, Bentong


Penubuhan HCVF Shorea Bentongensis di Hutan Simpan Kekal Lentang, Bentong
Bancian Spesies Shorea Bentongensis Di Kawasan Hutan Simpan Lentang, Bentong Pahang
Laporan Bancian Tahun 2015
Laporan Bancian Tahun 2016
Laporan Bancian Tahun 2017
Laporan Bancian Tahun 2018
Laporan Bancian Tahun 2019
Laporan Bancian Tahun 2020
Laporan Bancian Tahun 2021
Laporan Bancian Tahun 2022
Laporan Bancian Tahun 2023
Laporan Bancian Tahun 2024 
Laporan Bancian Tahun 2025
Laporan Bancian Tahun 2026
HCVF Di Hutan Simpan Paya Pasir, Temerloh


Pengenalan
Rancangan Pengurusan HCVF di Hutan Simpan Paya Pasir, Temerloh
Laporan Bancian Tahun 2014
Laporan Bancian Tahun 2016
Laporan Bancian Tahun 2017
Laporan Bancian Tahun 2018
Laporan Bancian Tahun 2019
Laporan Bancian Tahun 2020
Laporan Bancian Tahun 2021
Laporan Bancian Tahun 2022
Laporan Bancian Tahun 2023 
Laporan Bancian Tahun 2024 
Laporan Bancian Tahun 2025 
Laporan Bancian Tahun 2026 

Muat Naik Borang Penubuhan Baru HCVF.  Sekiranya Tuan/Puan mempunyai cadangan kawasan yang mempunyai nilai-nilai yang dinyatakan .