Taman Eko Rimba Sungai Pandan
-
Lokasi
Lokasi
Kopartmen 406, Hutan Simpan Berkelah seluas 20 hektar di daerah Kuantan. Kedudukannya 25 km dari bandar Kuantan, melalui Jalan Kuantan - Gambang atau Kuantan - Sungai Lembing.
{mosmap width='500'|height='400'|lat='3.790107'|lon='103.1424633'|
zoom='15'|mapType='Map'|text='Hutan Lipur Sungai Pandan'|tooltip='Hutan Lipur Sungai Pandan'|
marker='1'|align='center' } -
Tarikan
Tarikan
Air terjun yang cantik dengan ketinggian 100 meter dengan air sungai yang jernih, yang menyegarkan dan sangat sesuai untuk mandi manda. Kehijauan hutan semulajadi yang terkandung di dalamnya tumbuhan beranika jenis seperti Keruing Bumbung dan Keruing Chongan mengundang pelbagai spesis burung, rama-rama serta serangga.
Selain daripada itu terdapat juga arboretum rotan asal seluas 5 hektar, tanaman rotan manau dan projek hutan lipur ini.
Hutan Lipur Sungai Pandan telah digunakan sebagai lokasi untuk pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, perkelahan, 'Jungle Trekking', kajian mengenai tumbuh-tumbuhan, penggambaran filem dan iklan serta aktiviti belia dan murid-murid sekolah.Tarikan yang terdapat di Taman Eko Rimba Sungai Pandan:
- Sungai
- Berkhemah
- Berkelah
- Flora
- Air Terjun
- Kajian/Pendidikan
-
Kemudahan
Kemudahan
Kemudahan yang terdapat di Taman Eko Rimba Sungai Pandan:
- Pondok Rehat
- Parkir
- Tandas
- Surau
- Tempat Memasak
- Asrama
- Bilik Persalinan
- Tapak Khemah
-
Jenis Hutan
Jenis Hutan
Hutan Diterokarp Pamah