Rasuah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) (Akta SPRM 2009)
Perbuatan memberi, meminta dan menerima suapan (wang, derma, hadiah, pinjaman, seks, fi, diskaun, rebat, komisen, bonus, barang berharga, aset dan sebagainya) atau mengemukakan dan/atau memperakukan tuntutan perbelanjaan palsu.( Sek. 17 dan 18 Akta SPRM 2009)
Penyelewengan
Kanun Keseksaan
Perbuatan memalsukan dokumen/maklumat, pecah amanah jenayah, menipu, menyamar dan bersubahat melakukan kesalahan di atas. (Sek. 109, 165, 168, 405, 409, 420, 468 Kanun Keseksaan)
Salah guna kuasa
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)
Menggunakan pangkat, kedudukan, jawatan dimana dia mendapat faedah yang melibatkan diri sendiri dan ahli keluarganya.(Sek. 23 Akta SPRM 2009)
Kelemahan sistem dan tatacara kerja
Perbuatan melambat-lambatkan proses permohonan permit/lesen, tuntutan bayaran kerja dan perkhidmatan, pengurusan fail dan rekod yang lemah, kelambatan mengambil tindakan awal keatas aduan-aduan awam dan lain-lain. [Sek.7 (c), (d) dan (e) Akta SPRM 2009]
Salah laku
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib ) 1993
Perbuatan tidak beretika, tidak berdisiplin, berniaga tanpa kebenaran, pakaian tidak senonoh, dadah, gangguan seksual, menyenggara kehidupan melebihi emolumen, keberhutangan serius, ponteng kerja dan sebagainya.(Perkara 4-23)