Bahagian Pembangunan
-
Seksyen Perancangan Hutan
Seksyen Perancangan Hutan
Fungsi Seksyen:
- Menyediakan laporan bulanan/suku tahun/tahunan di bawah program pembangunan hutan dan mengkaji keberkesanan kos projek-projek yang telah dilaksanakan;
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan pembangunan hutan berasaskan program Rancangan Malaysia (RMK) yang telah ditetapkan;
- Menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) serta memantau pelaksanaan program pembangunan hutan selaras dengan kehendak Kup Tahunan yang diluluskan; dan
- Menyediakan Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan laporan-laporan berkaitan yang diperlukan oleh Jabatan.
-
Unit Maklumat Hutan
Unit Maklumat Hutan
Fungsi Unit:
- Membantu melaksanakan kajian dan penilaian terhadap kawasan Tanah Kerajaan yang sesuai untuk diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK);
- Melaksanakan dan memantau projek-projek dariada peruntukan Wang Levi Kayu Kayan;
- Melaksanakan kerja-kerja mengukur, menanda, mencuci dan menyelenggara sempadan luar HSK; dan
- Bertanggungjawab menjalankan semakan dan pengesahan sempadan luar HSK bagi permohonan pengusahasilan di atas Tanah Kerajaan dan Tanah Milik yang bersempadan dengan HSK.
-
Pusat Latihan Pembangunan Hutan
Pusat Latihan Pembangunan Hutan
Fungsi PLPH:
- Menyediakan program pengembangan dan latihan bagi jabatan, swasta dan agensi-agensi lain;
- Menilai keperluan, latihan sumber manusia dalam aspek perhutanan di peringkat negeri; dan
- Merangka dan melaksanakan program peperiksaan perkhidmatan dan peperiksaan khas.
-
Unit Silvikultur
Unit Silvikultur
Unit ini terbahagi kepada dua (2) zon iaitu Zon Timur dan Zon Barat.
Fungsi Unit:- Melaksanakan dan memantau aktiviti-aktiviti ladang hutan dan membiakbaik pokok serta kegiatan tapak semaian dan petak-petak kajian/penyelidikan;
- Menjalankan dan memantau projek-projek Bancian Hutan Post-F dan Rawatan Silvikultur.
- Memantau pelaksanaan program pembangunan hutan dan Rancangan Tebangan dan Rawatan tahunan (RTRT) selaras dengan kehendak Kup Tahunan yang diluluskan;
- Memantau pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 JPSM supaya Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mencapai tahap yang dikehendaki;
- Melaksanakan kempen kesedaran kepada masyarakat awam dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti menjalankan program penanaman pokok;
- Mengurus dan memantau Kawasan Pemeliharaan Hutan Bernilai Tinggi (High Conservation Value Forest);
- Melaksanakan program pemeliharaan in-situ dan ex-situ untuk pembangunan sumber kepelbagaian biologi negara (VJR, petak ekologi dan petak contoh); dan
- Menyediakan dan melaksanakan Pelan Perlindungan Hutan (Penyakit, Kebakaran : Kawalan dan Pencegahan).
-
Seksyen Ladang Hutan
Seksyen Ladang Hutan
Fungsi Seksyen:
- Bertanggungjawab dalam melaksanakan projek ladang hutan bertujuan untuk menjamin bekalan kayu-kayan secara berkekalan di samping mengurangkan tekanan dan permintaan yang tinggi ke atas sumber hutan asli yang sedia ada; dan
- Menanam spesies-spesies pokok ubatan dan herba, pokok hutan untuk landskap perhutanan bagi tujuan perlindungan dan sebagainya.