Kemudahan yang terdapat di Taman Eko Rimba Menchali:
Pondok Rehat
Trek Jogging
Parkir
Jenis Hutan
Hutan Diterokarp Bukit Pantai Hutan Paya Gambut
Tarikan
Terdapat pelbagai flora dan faun. Antara pokok yang banyak terdapat adalah jenis Balau Pasir dan Giam Jantan. Terdapat juga tanaman spesis pokok Tongkat Ali seluas 1.5 hektar. Juga merupakan transit di mana kedudukannya di sebelah jalan raya ke Kuala Rompin. Aktiviti seperti berkhemah dan jogging boleh di lakukan disini.
Tarikan yang terdapat di Taman Eko Rimba Menchali:
Kajian/Pendidikan
Flora
Jogging
Memerhati Burung
Lokasi
Kompartmen 7 hingga 12 Hutan Simpan Menchali. Keluasan pembangunan lebih kurang 2 hektar. Terletak 16 km dari Pekan Rompin, 160 km dari Bandar Kuantan.