Skip to main content

Pengenalan

Latar Belakang

Persidangan Perhutanan Malaysia (MFC) merupakan satu platform bagi ahli persidangan untuk saling bertukar fikiran, maklumat dan berkongsi pengalaman berkaitan pentadbiran, pengurusan, perancangan serta pembangunan sektor perhutanan di Malaysia pada masa kini. Penganjuran MFC telah bermula pada tahun 1966 dan ia diadakan setiap tiga (3) tahun sekali di mana penganjurannya dibuat secara bergilir-gilir antara Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah (JP Sabah) dan Jabatan Hutan Sarawak (JH Sarawak). Pada dua (2) giliran terakhir penganjuran MFC, JP Sabah telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran MFC Ke-17 pada tahun 2014, manakala JH Sarawak pula pada tahun 2018 bagi MFC Ke-18. Simbolik penggiliran MFC telah pun diserahkan kepada JPSM semasa Majlis Penutupan MFC Ke-18 yang lalu di mana JPSM akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran MFC Ke-19. Kali terakhir JPSM menjadi penganjur adalah pada tahun 2011 di Bandaraya Melaka. Pada Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia (PPNSM) yang diadakan pada 20 Sehingga 24 November 2019 telah memutuskan supaya lokasi penganjuran MFC ke-19 pada tahun 2022 adalah di Negeri Pahang.

Objektif Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19

Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19 ini dianjurkan bertujuan untuk:

  1. Membincang dan mengenalpasti penyelesaian bersama terhadap masalah berkaitan pengurusan dan pembangunan hutan;
  2. Menyelaras pengurusan dan penggunaan sumber hutan yang dirancang secara efektif demi pembangunan negara;
  3. Menyelaras penyelidikan dan penggunaan teknik-teknik terbaik dalam semua aspek operasi dan penggunaan hasil hutan;
  4. Memupuk perhubungan serta persefahaman di kalangan warga perhutanan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak; serta
  5. Meningkatkan kesedaran orang awam melalui publisiti dan pendidikan berkaitan kepentingan perhutanan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Tema Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19

Adapting Forestry To New Reality

Sub-Tema dan Jumlah Kertas Kerja Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19

Sub-tema adalah tajuk bagi sesi plenary (sesi pembentangan kertas kerja) yang dibahagikan mengikut ketetapan sub-tema Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19 iaitu:

  1. Sub-tema 1: Forest Governance: Policy, Legislation, Enforcement and Certification
  2. Sub-tema 2: Sustainable Forest Management: Technology, Innovation and Practices
  3. Sub-tema 3: Forest Ecosystem Services: Food, Water, Energy and Climate Change
  4. Sub-tema 4: Forest Biodiversity: Conservation, Restoration and Protection
  5. Sub-tema 5: Forest Economy and Comodity: Forest Economic, Forest Plantation, Wood Based Industry and Non-Timber Forest Products
  6. Sub-tema 6: Forest for Livelihood: Social Forestry, Ecotourism and CEPA (Communication, Education, Partcipations & Awareness)