Notis Penutupan Taman Negeri Endau Rompin
Dimaklumkan bahawa Taman Negeri Endau Rompin ditutup sementara kepada pengunjung berikutan kerja-kerja membina dan menyiapkan 'Kinchin Rainforest Discovery Centre' dan kerja-kerja berkaitan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Timur (ECERDC). Taman Negeri Endau Rompin dijangka akan dibuka semula pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.