Penanaman Pokok Durian Dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal

MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI MALAYSIA
(Minister of Water, Land and Natural Resources)
Penubuhan Ladang Hutan adalah bertujuan untuk menampung bekalan kayu-kayan daripada hutan asli bagi membekal spesies kayu kayan bermutu tinggi dalam menyokong pelaksanaan Dasar Perindustrian Kayu Negara 2010 (NATIP). Tumpuan penubuhan Ladang Hutan adalah di kawasan-kawasan HSK yang terosot. Kawasan ini merupakan kawasan HSK yang dikelaskan sebagai kawasan Hutan Pengeluaran iaitu suatu kawasan hutan yang akan diusahahasil bagi tujuan pengeluaran kayu balak.
Pada masa ini, sebanyak lapan (8) spesies yang telah dikenal pasti dan boleh dipertimbangkan untuk tanaman ladang hutan di bawah NATIP yang dibiayai menerusi dana Pembangunan Ladang Hutan, iaitu :
- Akasia (Acacia mangium);
- Batai (Paraserianthes falcataria);
- Binuang (Octomeless sumatrana)
- Getah (Hevea spp.);
- Jati (Tectona grandis);
- Khaya (Khaya ivorensis); dan
- Kelempayan (Neolamarckia cadamba)
Pokok durian tidak termasuk sebagai salah satu daripada spesies Ladang Hutan yang dikenalpasti untuk ditanam di bawah NATIP. Pokok durian tidak menepati ciri-ciri pokok ladang hutan dan tidak boleh menggantikan keadaan semulajadi hutan yang memberikan pelbagai perkhidmatan ekosistem yang penting seperti kawasan tadahan air dan habitat hidupan liar.