Iklan Pengambilan Pekerja Sambilan Harian (PSH) Bil. 1/2021
Permohonan adalah dipelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) seperti keterangan berikut:-
| 1. | JAWATAN | |
| (a) Nama Jawatan | PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) | |
| (b) Kumpulan Perkhidmatan | PELAKSANA | |
| (c) Klasifikasi Perkhidmatan | PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN | |
| (d) Taraf Jawatan | SEMENTARA (Sambilan Bergaji Hari) | |
| (e) Tempoh Jawatan | 3 BULAN | |
| (Boleh dilanjutkan sehingga maksimum Tiga (3) bulan lagi berdasarkan prestasi) | ||
| (f) Kadar Upah | RM 54.00 SEHARI | |
| (g) Waktu Bekerja | 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG (ISNIN HINGGA JUMAAT) | |
| (h) Tempat Bertugas | PEJABAT HUTAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS | |
| 2. | SYARAT LANTIKAN | |
| Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- | ||
| (a) Terdiri daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Pahang; | ||
| (b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan; | ||
| (c) Berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; | ||
| (d) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; | ||
| (e) Berpengetahuan dalam mengendalikan komputer akan diberi pertimbangan utama; | ||
| (f) Pemohon yang sedang berkhidmat dengan mana-mana jabatan/agensi kerajaan hendaklah memohon melalui ketua jabatan masing-masing; dan | ||
| (g) Komited dan bertanggungjawab dalam apa jua tugas yang diberikan. | ||
| (h) Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berasal dari Cameron Highlands atau penduduk tetap di Cameron Highlands. | ||
| 3. | FUNGSI BIDANG TUGAS | |
| (a) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas Perkeranian/Operasi di Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands | ||
| (b) Skop fungsi bidang tugas adalah seperti berikut: | ||
| i. Membantu merekodkan surat masuk, surat keluar dan membuat edaran secara teratur selaras dengan arahan yang diberikan. | ||
| ii. Membantu menaip, membuat salinan dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan. | ||
| iii. Membantu merekod, mengurus dan mencari fail pentadbiran seperti diarahkan. | ||
| iv. Membantu Pengurusan Stor dan Pengurusan Aset; | ||
| v. Membantu Menjalankan tugas-tugas Kewangan. | ||
| vi. Membantu Tugas di Kaunter Operasi; | ||
| vii. Membantu Memasukkan Data Resit dan Data Cukai kedalam sistem Eko Rimba; | ||
| viii. Membantu Mendaftar lesen dengan memasukkan maklumat pelesen kedalam sistem; | ||
| ix. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. | ||
| 4. | PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN | |
| Pekerja yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. | ||
| 5. | CARA MEMOHON | |
| (a) Permohonan hendaklah mengemukakan RESUME yang dikemaskini; | ||
| (b) Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar terkini berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan, Sijil Tamat Persekolahan dan Sijil/Dokumen yang ada berkaitan dengan jawatan dipohon. | ||
| (c) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK: | ||
| i. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan; | ||
| ii. Sijil/Dokumen tidak disahkan; | ||
| iii. Tidak Lengkap atau tidak terang; | ||
| iv. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan | ||
| v. Tidak ditandatangani. | ||
| 6. | ALAMAT PENGHANTARAN | |
| Permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah pada atau 5 Mac 2021 (Jumaat), jam 12.00 tengahari. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Sijil-Sijil berkaitan yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak. Hanya permohonan yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. | ||
| Pegawai Hutan Daerah, | ||
| Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands, | ||
| 39000 Tanah Rata, | ||
| Cameron Highlands | ||
| (u/p : Unit Sumber Manusia) | ||
| 7. | TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 5 Mac 2021 | |
| 8. | CATATAN AM | |
| i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga; | ||
| ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan | ||
| iii. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan. | ||