Skip to main content

Pendaftaran Vaksinasi Pelanggan Yang Berurusan Dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Sertiap pelanggan yang mahu berurusan di pejabat dan kaunter di mana-mana pejabat di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang diminta untuk membuat pengesahan telah selesai mendaftar program vaksinasi COVID-19 seperti berikut:

  1. Telah mendaftar program vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera dan Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang (bagi rakyat negeri Pahang).
  2. Telah bersetuju atau sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Kerjasama dari semua pelanggan amatlah diharapkan bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19.