Iklan Pengambilan Pekerja Sambilan Harian (PSH) Bil.1/2022
IKLAN PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) BIL. 1/2022 BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi pengambilan Pekerja Sambilan Harian (PSH) bagi jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 seperti keterangan berikut:
| 1. | JAWATAN | |
| (a) Nama Jawatan | PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19 (PEKERJA SAMBILAN HARIAN) |
|
| (b) Kumpulan Perkhidmatan | PELAKSANA | |
| (c) Klasifikasi Perkhidmatan | PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN | |
| (d) Taraf Jawatan | SEMENTARA (Sambilan Bergaji Hari) | |
| (e) Tempoh Jawatan | 3 BULAN | |
| (Boleh dilanjutkan sehingga maksimum Tiga (3) bulan lagi berdasarkan prestasi) | ||
| (f) Kadar Upah | RM 54.00 SEHARI | |
| (g) Waktu Bekerja | 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG (ISNIN HINGGA JUMAAT) | |
| (h) Tempat Bertugas | JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG | |
| 2. | SYARAT LANTIKAN | |
| Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- | ||
| (a) Terdiri daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Pahang; | ||
| (b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan; | ||
| (c) Berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; | ||
| (d) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; | ||
| (e) Berpengetahuan dalam mengendalikan komputer akan diberi pertimbangan utama; | ||
| (f) Pemohon yang sedang berkhidmat dengan mana-mana jabatan/agensi kerajaan hendaklah memohon melalui ketua jabatan masing-masing; | ||
| (g) Komited dan bertanggungjawab dalam apa jua tugas yang diberikan; dan | ||
| (h) Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berasal dari daerah Kuantan atau penduduk tetap di Kuantan. | ||
| 3. | FUNGSI BIDANG TUGAS | |
| (a) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas Perkeranian/Operasi di Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. | ||
| (b) Skop fungsi bidang tugas adalah seperti berikut: | ||
| i. Membantu merekodkan surat masuk, surat keluar dan membuat edaran secara teratur selaras dengan arahan yang diberikan. | ||
| ii. Membantu menaip, membuat salinan dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan. | ||
| iii. Membantu merekod, mengurus dan mencari fail pentadbiran seperti diarahkan. | ||
| iv. Membantu pengurusan Stor dan Pengurusan Aset; | ||
| v. Membantu menjalankan tugas-tugas kewangan. | ||
| vi. Membantu tugas di kaunter operasi; | ||
| vii. Membantu Mendaftar lesen dengan memasukkan maklumat pelesen kedalam sistem; | ||
| viii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. | ||
| 4. | PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN | |
| Pekerja yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. | ||
| 5. | CARA MEMOHON | |
| (a) Permohonan hendaklah mengemukakan RESUME yang dikemaskini; | ||
| (b) Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar terkini berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan, Sijil Tamat Persekolahan dan Sijil/Dokumen yang ada berkaitan dengan jawatan dipohon. | ||
| (c) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK: | ||
| i. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan; | ||
| ii. Sijil/Dokumen tidak disahkan; | ||
| iii. Tidak Lengkap atau tidak terang; | ||
| iv. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan | ||
| v. Tidak ditandatangani. | ||
| 6. | ALAMAT PENGHANTARAN | |
| Permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah pada atau 6 Mac 2022 (Ahad), jam 12.00 tengahari. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Sijil-Sijil berkaitan yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak. Hanya permohonan yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. | ||
| Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, | ||
| Tingkat 5, Kompleks Tun Razak |
||
| Bandar Indera Mahkota |
||
| 25990 Kuantan |
||
| Pahang | ||
| (u/p : Unit Pengurusan Sumber Manusia) | ||
| 7. | TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 06 Mac 2022 | |
| 8. | CATATAN AM | |
| i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga; | ||
| ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan | ||
| iii. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan. | ||