Skip to main content

Pemberitahuan Penutupan Sementara Bagi Kerja-kerja Menaiktaraf Trek Pendakian Bagi Tujuan Meningkatkan Keselamatan Serta Lain-lain Kerja Berkaitan Di Gunung Nuang, Daerah Bentong, Pahang

PEMBERITAHUAN
PEMBERITAHUAN PENUTUPAN SEMENTARA BAGI KERJA-KERJA MENAIKTARAF TREK PENDAKIAN BAGI TUJUAN MENINGKATKAN KESELAMATAN SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI GUNUNG NUANG, DAERAH BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR
(1 OKTOBER 2026 SEHINGGA 31 DISEMBER 2026)


Adalah dimaklumkan mulai 1 Oktober 2026, Gunung Nuang, Daerah Bentong, Pahang akan ditutup sementara kepada pengunjung untuk menjalankan aktiviti rekreasi termasuk pendakian gunung bagi kerja-kerja menaiktaraf trek pendakian bagi meningkatkan keselamatan serta lain-lain kerja berkaitan di Gunung Nuang, Daerah Bentong, Pahang.

Kegagalan mematuhi pemberitahuan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang : 095732911 / 2914.

Arahan penutupan trail pendakian ke Puncak Pine Tree, Puncak Twin Peak dan Puncak Gunung Semangkok, di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Daerah Raub, Pahang

Adalah dimaklumkan bahawa trail pendakian ke Puncak Pine Tree, Puncak Twin Peak dan Puncak Gunung Semangkok, yang terletak di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Daerah Raub, Pahang, ditutup kepada orang awam berkuat kuasa serta-merta sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan dengan itu, semua aktiviti pendakian dan rekreasi di laluan tersebut adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh penutupan ini.

Dimaklumkan juga bahawa di bawah Seksyen 47, Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313), mana-mana individu yang ingkar arahan ini boleh dikenakan:

  • Denda tidak melebihi Sepuluh Ribu Ringgit (RM10,000.00); atau

  • Penjara selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun; atau

  • Kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

ARAHAN DARIPADA :
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI PAHANG

Pemberitahuan Penutupan Sementara Beberapa Taman Eko-Rimba Negeri Pahang

Dimaklumkan bahawa bermula September 2025, beberapa Taman Eko-Rimba (TER) di Negeri Pahang DITUTUP sementara bagi kerja -kerja pemulihan, pembangunan dan menaiktaraf infrastruktur serta kemudahan. Penutupan ini akan berkuat kuasa sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Senarai Taman Eko-Rimba (TER) terlibat:

1. TER Teladas, Maran
2. TER Lata Meraung, Jerantut
3. TER Lata Lembik, Raub
4. TER Lata Jarum, Raub
5. TER Menchali, Rompin
6. TER Jerangkang, Kuantan
7. Denai Teruntum, Kuantan
8. TER Sungai Pauh, Cameron Highlands


Kegagalan mematuhi pemberitahuan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang:

09-5732911 / 2914.