Majlis Pelancaran Poster/Sticker Peraturan-peraturan Terhadap Pengangkutan Membawa Hasil Hutan
Majlis Pelancaran Poster/Sticker Peraturan-peraturan Terhadap Pengangkutan Membawa Hasil Hutan telah berlangsung di Balai Pemeriksaan Hutan (BPH) Jerantut Feri, Jerantut pada 18 Disember 2019 (Rabu) anjuran bersama Unit Penguatkuasaan Hutan (UPK) dan Pejabat Hutan Daerah Jerantut (PHD Jerantut).
Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perhutanan(Operasi) En.Grippin Anak Akeng mewakili Pengarah Perhutanan Negeri Pahang.
Edaran Poster/Sticker Mengenai Peraturan Membawa Hasil Hutan turut dibuat kepada Pelesen, Kontraktor Pembalakan serta Syarikat Pengangkutan yang hadir semasa majlis ini berlangsung.