Skip to main content

Program Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Daerah Jerantut

Program Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Daerah Jerantut telah berlangsung pada 24 hingga 25 Ogos 2019 bertempat di Kompartmen 50, Hutan Simpan Tekai Tembeling (tambahan).  Pelbagai spesies pokok buah-buahan hutan seperti beruas, sentul, kundang, kedondong sengkuang, petai, durian dan karas telah ditanam di kawasan tersebut.  Program ini telah disempurnakan oleh YAM Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, DK.  Pelbagai agensi kerajaan, sukarelawan, pelajar sekolah telah terlibat bagi menjayakan program ini.  Demostrasi memanjat bagi aktiviti kutipan perolehan biji benih turut diadakan melibatkan pasukan pemanjat daripada kakitangan PHD Jerantut.