Skip to main content

Kempen Pencegahan Kebakaran Hutan dan Pemeliharaan Koridor Ekologi Central Forest Spine Tahun 2019

Kempen Pencegahan Kebakaran Hutan dan Pemeliharaan Koridor Ekologi Central Forest Spine Tahun 2019 telah diadakan di Hutan Simpan Pekan Tambahan pada 10 September 2019. Kempen ini merupakan anjuran bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan telah dirasmikan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato' Dr. Mohd Hizamri bin Mohd Yasin. Kempen ini turut disertai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Pekan, JAKOA, PERHILITAN dan juga penduduk RPS Runchang.