Skip to main content

Majlis Perasmian Pusat Pemeriksaan Perhutanan (PPP) Keratong, Daerah Rompin

Pusat Pemeriksaan Perhutanan Keratong telah dirasmikan oleh YH. Dato' Ridza bin Awang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenajung Malaysia (JPSM). Majlis ini turut diraikan bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Teknikal) JPSM dan Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan. Pembinaan Pusat Pemeriksaan Perhutanan ini adalah untuk melaksanakan pemeriksaan transit bagi semua kenderaan yang membawa hasil hutan dan memastikan setiap hasil hutan tersebut telah dibayar cukai serta mengelakan ketirisan dalam kutipan cukai hasil hutan di Negeri Pahang.