Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia dan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang Tahun 2019
4 November 2019.
Pantai Air Leleh, Pekan, Pahang.
Majlis yang julung kalinya diadakan secara gabungan antara dua agensi iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan PlanMalaysia@Pahang ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, YH. Dato' Mohd Ridza bin Awang.