Skip to main content

Pelancaran Sistem e-Ecopark Pahang

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) akan melancarkan Sistem Ekopelancongan Perhutanan Negeri Pahang (e-Ecopark) bermula 1 JUN 2023 di pautan http://forestry.pahang.gov.my/e-ecopark . Namun tarikh aktiviti yang boleh dimohon adalah bermula pada 1 Ogos 2023 .

Sistem ini dibuka kepada orang awam bagi membuat permohonan menjalankan aktiviti berikut dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Taman Eko-Rimba (TER) yang diurus oleh JPNP:

  1. Pendakian gunung/bukit/trail.
  2. Penyelidikan (setelah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri/Majlis Biodiversiti Pahang).
  3. Aktiviti sukan lasak/bermotor/basikal/pacuan empat roda.
  4. Rakaman filem/penerbitan komersial.
  5. Pendidikan/latihan.
  6. Tempahan kemudahan dan penginapan di TER.
  7. Pembelian tiket masuk TER.


Kelebihan sistem:

  1. Boleh diakses secara atas talian oleh semua pengguna.
  2. Proses kelulusan permohonan dibuat oleh Pejabat Hutan Daerah berkaitan.
  3. Pemohon boleh membuat semakan status permohonan dan bayaran secara atas talian selepas mendapat kelulusan.

Panduan kepada pengguna:

  1. Pengguna (orang awam) perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu sebelum menggunakan Sistem e-Ecopark.
  2. Permohonan mesti dibuat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh aktiviti, kecuali pembelian tiket masuk TER.
  3. Bagi setiap permohonan yang telah diluluskan, pemohon perlu membuat bayaran dalam tempoh sehingga jam 11.59 malam keesokan harinya.
  4. Permohonan akan dibatalkan secara automatik jika tiada bayaran diterima dalam tempoh tersebut.
  5. Pemohon masih terikat dengan peraturan dan undang-undang semasa yang ditetapkan di setiap lokasi ekopelancongan. Pemohon tidak dibenarkan untuk
    • Membawa minuman keras.
    • Membawa haiwan peliharaan.
    • Melakukan perbuatan sumbang/khurafat/maksiat.
    • Membuat pembakaran terbuka.
    • Memburu/memancing.
    • Melakukan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh JPNP.
  6. Sistem e-Ecopark hanya digunakan untuk kawasan ekopelancongan berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Pahang. Bagi tempahan dan bayaran untuk kawasan ekopelancongan dalam HSK yang telah diswastakan, pengguna perlu merujuk kepada pengurus/operator swasta untuk keterangan lanjut.
  7. Kawasan ekopelancongan dan kadar fi yang dikenakan ke atas setiap permohonan boleh dirujuk di https://forestry.pahang.gov.my/index.php/info-taman-eko-rimba.
  8. Permit Memasuki HSK yang dikeluarkan melalui sistem ini adalah terpakai dalam negeri Pahang sahaja. Sebarang aktiviti yang merentasi sempadan negeri Pahang perlu mendapat kelulusan permit dari Jabatan Perhutanan Negeri berkaitan.
  9. Tiada pemulangan semula bayaran bagi sebarang permohonan yang telah diluluskan.
  10. Pihak JPNP berhak membuat penutupan kawasan ekopelancongan tanpa sebarang notis awal.