Arahan penutupan trail pendakian ke Puncak Pine Tree, Puncak Twin Peak dan Puncak Gunung Semangkok, di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Daerah Raub, Pahang
Adalah dimaklumkan bahawa trail pendakian ke Puncak Pine Tree, Puncak Twin Peak dan Puncak Gunung Semangkok, yang terletak di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Daerah Raub, Pahang, ditutup kepada orang awam berkuat kuasa serta-merta sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Sehubungan dengan itu, semua aktiviti pendakian dan rekreasi di laluan tersebut adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh penutupan ini.
Dimaklumkan juga bahawa di bawah Seksyen 47, Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313), mana-mana individu yang ingkar arahan ini boleh dikenakan:
-
Denda tidak melebihi Sepuluh Ribu Ringgit (RM10,000.00); atau
-
Penjara selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun; atau
-
Kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI PAHANG