Skip to main content

Penutupan Sementara Mossy Forest, Cameron Highlands

Dimaklumkan Mossy Forest, Daerah Cameron Highlands ditutup mulai 1 Oktober 2015 untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan dan menaiktaraf. Kawasan ini ditutup kepada semua pengunjung mulai tarikh tersebut untuk menjalankan sebarang aktiviti termasuk laluan ke pendakian Gunung Irau. Mossy Forest akan dibuka kepada pengunjung apabila kerja-kerja tersebut telah disiapkan sepenuhnya. Segala kesulitan yang berbangkit dengan keadaan ini amatlah dikesali.

Talian Aduan Integriti JPSM

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah melancarkan talian online aduan integriti JPSM untuk memudahkan warga kerja dan orang awam menyalurkan apa jua maklumat atau aduan berhubung integriti serta mengemukakan sebarang cadangan untuk meningkatkan lagi Tadbir Urus Jabatan.

Sehubungan itu semua warga kerja perhutanan disaran menggunakan talian tersebut dan turut mewar-warkannya kepada orang awam. Sebarang aduan, maklumat atau cadangan dari warga kerja perhutanan yang disalurkan melalui talian ini adalah dirahsiakan dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).

Talian tersebut boleh dilayari di pautan ini.

Kutipan Bayaran Fi Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pahang Ke-13/2014 pada 30 April 2014 telah bersetuju mengenakan Fi Masuk, Fi Menggunakan Kemudahan dan Fi Menjalankan Aktiviti dalam kawasan Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Ketiga-tiga fi ini akan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2015 bagi kawasan berikut:

  1. Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh seliaan Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera.
  2. Taman Negeri Endau-Rompin, Rompin seliaan Pejabat Hutan Daerah Rompin.
  3. Hutan Lipur Lata Meraung, Jerantut seliaan Pejabat Hutan Daerah Jerantut.
  4. Hutan Lipur Terenggun, Lipis seliaan Pejabat Hutan Daerah Lipis.
  5. Hutan Lipur Lentang, Bentong seliaan Pejabat Hutan Daerah Bentong.
  6. Hutan Lipur Chamang, Bentong seliaan Pejabat Hutan Daerah Bentong.
  7. Hutan Lipur Sungai Pauh, Cameron Highlands seliaan Pejabat Hutan Daerah Raub/Cameron Highlands.

Kadar Fi Masuk Ke Hutan Lipur, Kadar Fi Masuk Ke Hutan Taman Negeri dan Kadar Fi Bagi Menggunakan Kemudahan dan Menjalankan Aktiviti Di Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri boleh dilihat dan dimuat turun di SINI.