Skip to main content

Kursus Team Building

Nama Kursus : KURSUS TEAM BUILDING
       
Tarikh : Akan ditentukan.
       
Tempat : PLPH Belimbing.
       
Objektif :  (i) Mengenalpasti dan memisahkan blok-blok minda yang merintangi pembangunan kemanusiaan.
    (ii) Memahami diri, kerja dan insan di sekeliling untuk membangkitkan suasana kerja yang harmoni.
    (iii) Mengenalpasti lunas-lunas diri.
    (iv) Menjalinkan hubungan harmoni antara cita-cita dan organisasi.
    (v) Menjadikan pekerja yang berdedikasi, bermotivasi dan sentiasa menginsafi bahawa kerja bukanlah semata-mata untuk gaji.
    (vi) Membentuk pemikiran positif, berprinsip dan berilmiah.
    (vii) Memahami pentingnya kerjasama kumpulan terhadap peningkatan produktiviti dan mutu kerja.
       
Kandungan :  (i) Memahami jiwa dan akal - menganalisa diri dan imej diri.
    (ii) Inisatif.
    (iii)  Erti dan maksud paradigma baru.
    (iv) Jaguh dan Juara dalam diri.
    (v) Menyatukan wawsan diri dan organisasi.
       
Kumpulan Sasar : Pengawas Hutan G14/G11 dan Pekerja Awam Khas R6/R3.
       
Bilangan Peserta :  30 orang.
       
Kekerapan :  1 kali setahun. 
       
Fasilitator : Pakar Motivasi, INTAN, JPSM, JPNP

Kursus Pokok Perubatan, Tapak Semaian dan Kutipan Biji Benih dan Anak Benih

Nama Kursus : KURSUS POKOK UBATAN, TAPAK SEMAIAN DAN KUTIPAN BIJI BENIH DAN ANAK BENIH
       
Tarikh : 11 - 14 November 2013.
       
Tempat : Pejabat Pembangunan Hutan, Lentang.
       
Objektif :  (i) Pendedahan kepada peserta mengenai teknik pengutipan biji benih/anak benih.
    (ii) Pengetahuan kepada peserta mengenai cara penyimpanan/pengendalian biji benih/anak benih selepas dikutip.
    (iii) Memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai sistem penyemaian yang terkini dijalankan oleh Jabatan dalam menjamin bekalan anak benih di tapak semaian.
       
Kandungan : (i)  Kaedah pengutipan biji benih/anak benih dari hutan.
    (ii) Cara penyimpanan yang betul ke atas biji benih/anak benih selepas dikutip.
    (iii) Pengecaman anak-anak benih dan pokok yang disemai di tapak semaian.
    (iv)  Teknik penyemaian/pembiakan biji benih/anak benih.
    (v) Teknik pembajaan anak benih di semaian.
    (vi) Amali dan lawatan luar.
       
Kumpulan Sasar : Pengawas Hutan dan Pekerja Awam Khas.
       
Bilangan Peserta :  40 orang.
       
Kekerapan :  1 kali setahun. 
       
Fasilitator : Pegawai Kanan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Kursus Pengendalian Jentera Berat

Nama Kursus : KURSUS PENGENDALIAN JENTERA BERAT
       
Tarikh : 02 - 05 Disember 2013.
       
Tempat : Pusat Latihan Perhutanan Terengganu.
       
Objektif :  (i) Meningkatkan kemahiran dan melatih peserta mengendalikan jentera di dalam kawasan hutan.
    (ii) Memberi pendedahan mengenai kaedah mengendali jentera berat secara betul dan selamat.
    (iii) Membimbing peserta kursus tentang aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil perhatian semasa mengendalikan jentera berat.
    (iv) Pendedahan asas mengenai kaedah penyelenggaraan jentera berat.
       
Kandungan :  (i) Pengenalan kepada perhutanan di Malaysia - cabaran dan isu-isu terbaru.
    (ii) Pengenalan dan fungsi bahagian-bahagian jentera berat.
    (iii)  Kaedah mengendalikan jentera berat.
    (iv) Kaedah membuat pemeriksaan dan penyelenggaraan jentera berat.
    (v) Peralatan keselamatan semasa pengendalian dan penyelenggaraan jentera berat.
       
Kumpulan Sasar : Penebang Pokok Sekor Swasta, Pengawas Hutan G14/G11, Pekerja Awam Khas R6/R3 dan Pemandu R3.
       
Bilangan Peserta :  30 orang.
       
Kekerapan :  1 kali setahun. 
       
Fasilitator : Pegawai Latihan Pusat Latihan Perhutanan Terengganu dan penceramah jemputan.

Kursus Pemandu Berhemah/Pacuan 4 Roda (4X4)

Nama Kursus : KURSUS PEMANDU BERHEMAH/PACUAN 4 RODA (4X4)
       
Tarikh : Akan ditentukan.
       
Tempat : Akan ditentukan.
       
Objektif :  (i) Memberi kesedaran dan tanggungjawab sebagai Pemandu.
    (i) Memberi pengetahuan kepada pemandu tentang penjagaan kenderaan.
    (i) Mendorong melahirkan semangat kerja berpasukan.
       
Kandungan : (i)  Aspek motivasi, disiplin dan tanggungjawab pemandu.
    (ii) Ketrampilan diri dan etika sosial.
    (iii) Pengenalan kepada bahagian enjin kenderaan dan cara-cara pengendalian kenderaan pacuan 4 roda.
    (iv)  Latihan amali.
       
Kumpulan Sasar : Semua pemandu kenderaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
       
Bilangan Peserta :  40 orang.
       
Kekerapan : 1 kali setahun.
       
Fasilitator : Land Rover (M) Sdn. Bhd.

Kursus Memanjat dan Teknik Kutipan Biji Benih

Nama Kursus : KURSUS MEMANJAT DAN TEKNIK KUTIPAN BIJI BENIH
       
Tarikh : 25 - 28 Mac 2013.
       
Tempat : PLPH Belimbing.
       
Objektif :  Memberi kemahiran kepada kakitangan dalam proses perolehan biji benih menggunakan teknik memanjat.
       
Kandungan : (i)  Pengenalan tempat memanjat.
    (ii) Menyelenggara peralatan memanjat.
    (iii) Teknik memanjat dan mengutip anak benih.
    (iv)  Memberi pendedahan kepada kakitangan jabatan berkenaan tatacara perolehan biji benih dan bahan tanaman yang betul.
    (v) Latihan amali.
       
Kumpulan Sasar : (i) Pengawas Hutan G14 dan G11 berumur 30 - 35 tahun.
  : (ii) Pekerja Awam Khas R6 dan R3 berumur 20 - 30 tahun.
       
Bilangan Peserta :  40 orang.
       
Fasilitator : Pasukan Perolehan Biji Benih Secara Teknik Memanjat, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.