Skip to main content

Interpretasi Denai Hutan

Nama Kursus :  INTERPRETASI DENAI HUTAN
       
Tarikh : (i)  21 - 23 Oktober 2013
       
Tempat : (i) Taman Negeri Endau/Rompin. 
       
    (ii) Taman Rimba Kenong, Lipis.
       
       
Objektif :  (i) Bagi memperolehi pengetahuan prinsip Interpretasi, persekitaran, perkhidmatan dan pelawat.
    (ii) Kemahiran merancang Interpretasi.
    (iii) Memberi pendedahan dalam merekabentuk Interpretasi dan proses Interpretasi sumber. 
       
Kandungan : (i)  Pengenalan asal-usul Interpretasi dan falsafah Interpretasi.
    (ii) Inventori sumber Interpretasi;
      - penyediaan barang
      - maklumat kawasan
      - lakaran kawasan
       
    (iii) Mereka denai;
      - tujuan
      - perancangan
      - perancangan pengenalan Interpretasi
       
Kumpulan Sasar : Renjer Hutan G17, Pengawas Hutan G14 dan G11, Pekerja Awam Khas R6 dan R3.
       
Bilangan Peserta :  40 orang.
       
Kekerapan :  1 kali setahun. 
       
Fasilitator : Pegawai Unit Hutan Lipur atau Pengajar Institut Latihan Perhutanan FORTRAIN, Kepong.

GPS (Global Positioning System)

Nama Kursus : GPS (GLOBAL POSITIONING SYSTEM)
       
Tarikh : (i) 04 - 07 Februari 2013
      Siri 01/2013
       
    (ii) 19 - 22 Ogos 2013
       Siri 02/2013
       
Tempat : PLPH Belimbing.
       
Objektif :  Untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada peserta kursus secara teori dan praktikal dalam pengendalian alat Handheld GPS untuk tujuan pemetaan.
       
Kandungan : (i)  Pengenalan kepada teknologi GPS.
    (ii) Pengoperasian alat "Handheld" GPS.
    (iii) Pengutipan data di lapangan.
    (iv)  Proses muat turun data.
    (v) Pemprosesan data cerapan dengan perisian Mapsource.
       
Kumpulan Sasar : (i) Renjer Hutan G17.
  : (ii) Pengawas Hutan G14 dan G11.
       
Bilangan Peserta :  50 orang.
       
Kekerapan : 2 kali setahun.
       
Fasilitator : Pegawai/kakitangan Bahagian Pengurusan Maklumat PHN / Pembekal GPS.

Dendrologi

Nama Kursus : DENDROLOGI
       
Tarikh : (i)  21 - 23 Januari 2013
      Pekerja Awam Khas
      Siri 01/2013
       
    (ii) 01 - 04 April 2013
      Pengawas Hutan G11 & G14
      Siri 02/2013
       
    (iii) 01 - 04 Julai 2013
      Pekerja Awam Khas R6 & R3
      Siri 03/2013
       
Tempat : (i) PLPH, Belimbing atau
       
    (ii) Akan ditentukan. 
       
Objektif :  (i) Memberi pendedahan dan pengetahuanmengenai sifat-sifat morfologi tumbuhan dan cara mengenal pokok, anak benih, ciri-ciri habitat, rupa batang, rupa kulit, isi kulit, sifat-sifat daun, famili dan kegunaannya.
    (ii) Menilai tahap pengecaman pokok/anak pokok dan daun serta ujian penilaian kemahiran.
       
Kandungan : (i)  Mengenali spesis kaum Damar/Bukan Damar. 
    (ii) Mengenali anak pokok/anak benih. 
    (iii)  Mengenali spesis-spesis perubatan. 
    (iv) Teknik penyediaan herbarium. 
       
Kumpulan Sasar : Pengawas Hutan G14, G11, Pekerja Rendah Awam Gred R6 dan R3.
       
Bilangan Peserta :  60 orang setiap kursus.
       
Kekerapan :  3 kali setahun. 
       
Fasilitator : Renjer Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (Peringkat I & II), Pengajar dari Bahagian Latihan Perhutanan, Kepong (Peringkat Lanjutan).