Skip to main content

Program Agihan Anak Pokok Sempena Program Inderacheka

Program Agihan Anak Pokok bagi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok sempena Program Inderacheka bertempat di Ulu Cheka, Jerantut telah diadakan pada 29 Oktober 2022.

 

Program agihan anak pokok ini telah dijayakan oleh Pejabat Hutan Daerah Jerantut dan Unit Silvikultur Negeri Zon Pahang Tengah dengan sebanyak 350 anak pokok nadir telah diedarkan kepada orang awam bersama-sama risalah Kempen 100 Juta Pokok. Dalam program yang sama, sebanyak 10 pokok Doa (Bucida sp.) telah ditanam oleh Pegawai Hutan Daerah dan ketua komuniti di kawasan padang awam Ulu Cheka.

Program Perhimpunan Bulanan Warga Kerja JPNP Bil 3 Tahun 2022

Program Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Bil 3 Tahun 2022 telah diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis pada 27 Oktober 2022.

 

Pada program kali ini, seramai 42 orang kakitangan telah dianugerahkan Sijil Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Ogos hingga Oktober 2022.

Program Penghijauan Malaysia Koperasi Prihatin Sejuta Pokok anjuran ANGKASA Negeri Pahang (Tengah)

Program Penghijauan Malaysia Koperasi Prihatin Sejuta Pokok anjuran ANGKASA Negeri Pahang (Tengah) sempena sambutan 100 Tahun Koperasi dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah (PHD) Temerloh/Bera telah diadakan pada 27 Oktober 2022.

 

Program ini telah dijayakan oleh kakitangan PHD Temerloh/Bera dan Pejabat Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang (Tengah) bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh (IKTBNT).

 

Sejumlah 13 anak pokok dari spesies pokok nadir telah ditanam di sekitar auditorium IKTBNT. PHD Temerloh/Bera telah membekalkan sejumlah 426 anak pokok nadir bagi tujuan edaran kepada wakil-wakil koperasi di on Pahang Tengah. Seramai 100 orang ahli koperasi juga telah menyertai program ini.

 

Tindakan Pembetulan Nombor Lesen

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ingin memaklumkan terdapat kekhilafan pada Nombor Lesen “CL-01-11-21 (KP/K)” bagi kawasan pembangunan ladang hutan di Hutan Simpan Tenggalan, Mukim Telang, Daerah Lipis yang mana sepatutnya dinomborkan sebagai “CL-01-11-21 (KP/K) (P)”.

JPNP telah mengambil langkah segera dengan menahan sementara kerja-kerja di lapangan, menarik semula lesen berkenaan dan mengeluarkan surat pemakluman kepada kilang-kilang dan agensi-agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

Sekian.

Penyerahan Draf Laporan Periodic Review Rizab Biosfera Tasik Chini Kepada UNESCO

Kerajaan Negeri Pahang pada 26 September 2022 telah mencatatkan sejarah apabila berjaya menyerahkan Draf Laporan Periodic Review Rizab Biosfera Tasik Chini kepada Ms Shamila Nair-Bedouelle, Assistant Director-General for Natural Sciences (ADG-SC) di Pejabat UNESCO oleh delegasi kerajaan negeri yang diketuai oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak.

 

Selain laporan, kerajaan negeri turut menayangkan video yang diterbitkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berkaitan usaha dan inisiatif pemuliharaan Rizab Biosfera Tasik Chini. Video ini mendapat perhatian UNESCO apabila berhasrat untuk menayangkannya pada persidangan Conference of the Parties (COP) The United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) di Mesir pada November 2022 dan COP Convention on Biological Diversity (CBD) di Montreal pada Februari 2023.

 

Semoga usaha ini akan terus mengekalkan status Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera dalam Man and Biosphere (MAB) Programme.