Skip to main content

Program Penanaman 5 Juta@Pahang: Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS)

Program Penanaman 5 Juta@Pahang: Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) telah diadakan pada 2 Ogos 2022.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail mengetuai aktiviti berkenaan dengan menanam spesies pokok damar hitam siput daun besar atau nama saintifiknya Shorea Kuantanensis di sekitar ruang hadapan bangunan PPSAS.

Turut menyertai program berkenaan ialah Yang Dipertua Speaker DUN Pahang, Ahli-ahli Dewan Negeri (ADN), Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan ketua-ketua jabatan persekutuan serta negeri.

Antara pokok lain yang turut ditanam ialah tualang, pelawan, pulau, gelam, sentul dan hujan-hujan. Sebanyak 60 batang pokok telah ditanam pada program ini

Program Penanaman Pokok Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) Di Parlimen Bentong, Parlimen Paya Besar Dan Parlimen Gambang

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah berjaya menanam lebih kurang 1,420 anak pokok sempena Program Penanaman Pokok Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) di Parlimen Bentong, Paya Besar dan Kuantan dengan jumlah tanaman masing-masing ialah 600, 400 dan 420 anak pokok.

Parlimen Bentong telah melaksanakan program tanaman ini pada 21 Julai 2022 bertempat di Taman Eko-Rimba Lentang manakala Parlimen Paya Besar dan Parlimen Kuantan telah melaksanakan pogram serupa pada 23 dan 24 Julai 2022. Parlimen Paya Besar telah memilih lokasi di sepanjang Jalan Pinggiran Universiti Malaysia Pahang, Gambang dan Parlimen Paya Besar pula telah menanam 420 anak pokok di Taman Tasik Lestari, Teluk Chempedak.

Program yang diselaraskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah ini telah dihadiri oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri dan Penyelaras Parlimen kawasan masing-masing bagi menyatakan sokongan dan dokongan kepada agenda kerajaan negeri yang memperuntukkan sejumlah peruntukan dan sebatang pokok bagi mewakili setiap kelahiran bayi di negeri Pahang bermula tahun 2022.

Program Penanaman Pokok dan Kesedaran Awam sempena Program Penghijauan Malaysia

Pada 18 Jun 2022 Pejabat Hutan Dearah (PHD) Bentong telah mengadakan Program Penanaman Pokok dan Kesedaran Awam sempena Program Penghijauan Malaysia Melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bersama pelajar Fakulti Sains, Universiti Malaya di Kompartment 106, Hutan Simpan Bukit Tinggi Tambahan di daerah Bentong. Seramai dua (2) orang pensyarah dan 27 orang pelajar menjayakan program ini bersama dengan 11 orang kakitangan PHD Bentong. Sebanyak 50 keping poster Kempen Penanaman 100 turut diserahkan kepada wakil pensyarah untuk diedarkan di univerisiti. Sebanyak 500 anak pokok telah ditanam yang terdiri daripada pelbagai spesies iaitu meranti sarang punai, meranti tembaga, merawan siput jantan, merbau dan gerutu.

Buletin

Edisi Muat Turun
Edisi Pertama: 13 Jun 2022  
Edisi Keduaa: 14 Jun 2022  
Edisi Ketiga: 15 Jun 2022  
Edisi Keempat: 16 Jun 2022

 

Majlis Perasmian Dan Makan Malam Sempena Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19

Majlis Perasmian dan Makan Malam Sempena Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19 telah diadakan pada 13 Jun 2022, di The Zenith Hotel Kuantan, Pahang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Takiyudin bin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli serta ketua-ketua jabatan Negeri Pahang dan persekutuan.

Persidangan Perhutanan Malaysia Ke- 19 yang akan berlangsung selama enam (6) bermula pada 12 hingga 16 Jun 2022, merupakan satu platform bagi ahli persidangan untuk saling bertukar fikiran, maklumat dan berkongsi pengalaman berkaitan pentadbiran, pengurusan, perancangan serta pembangunan sektor perhutanan di Malaysia pada masa kini. Bertemakan “Adapting Forestry to New Reality”, sebanyak 24 kertas kerja akan dibentangkan, 35 poster dipamerkan. Persidangan yang julung-julung kalinya di Negeri Pahang telah dihadiri seramai 230 dari seluruh negeri negara yang mewakili 3 wilayah Malaysia, iaitu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri Sabah dan Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak.  

Persidangan kali ini turut diisi dengan program lawatan pasca persidangan dan lawatan keluarga, khas kepada delegasi persidangan untuk menikmati keindahan di tempat-tempat menarik di Negeri Pahang, memahami seni budayanya dan serta merasai kelazatan makanannya. Seterusnya, mempromosikan sektor eko-pelancongan yang ditawarkan di Negeri Pahang.