Skip to main content

Galeri Gambar

Tarikh Pautan
12 Jun 2022 Gallery image landscape mobile museum open line icon - Galaxy Open Line  Gradient I
 13 Jun 2022 Gallery image landscape mobile museum open line icon - Galaxy Open Line  Gradient I
14 Jun 2022 Gallery image landscape mobile museum open line icon - Galaxy Open Line  Gradient I
15 Jun 2022 Gallery image landscape mobile museum open line icon - Galaxy Open Line  Gradient I

Pelancaran Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid)

Pada 2 Jun 2022 bertempat di Taman Bandar,  Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah melancarkan Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) anjuran Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Bank Rakyat Malaysia serta turut dijayakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Pahang, Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang (UPWS), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

Semasa majlis pelancaran ini, JPNP telah menerima 'mock cheque' berjumlah RM250,000.00 daripada Bank Rakyat untuk tujuan penanaman anak pokok bagi setiap kelahiran bayi di negeri Pahang pada tahun 2022 di mana dijangkakan seramai lebih kurang 25,000 orang bayi akan dilahirkan pada tahun ini. Pada peringkat permulaan ini, penanaman anak pokok dimulakan di Parlimen Indera Mahkota dan akan diteruskan di 13 Parlimen yang lain mengikut jumlah kelahiran bayi di parlimen tersebut.

Dengan diiringi barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan kepimpinannya, YAB Menteri Besar telah menandatangani mercu tanda Pahang Pride Kid yang menyenaraikan nama-nama bayi yang lahir di Parlimen Indera Mahkota. Beliau juga telah menanam pokok spesies tembusu sebagai simbolik acara ini. Turut ditanam pada majlis ini adalah lebih kurang 400 anak pokok hutan mengikut jumlah kelahiran bayi bulan Jan hingga Mac di Parlimen Indera Mahkota.

Penanaman pokok yang dijalankan ini selain sebagai simbolik kepada kelahiran anak kebanggaan Pahang, sekaligus mendukung program Kerajaan Negeri Pahang "1 Pokok, 1 Rakyat Negeri Pahang" yang menyasarkan penanaman 5 juta pokok setiap tahun bermula 2021-2025.

Lawatan Pasca Persidangan

Tarikh Lawatan: 16 hingga 17 Jun 2022

Bil Pakej Maklumat Muat Turun
1 Diamond
  • Taman Eko Rimba Lata Jarum, Raub
  • Mossy Forest, Cameron Highlands
  • Kea Farm, Cameron Highlands
Pakej Diamond
2 Zamrud
  •  Gunung Senyum, Temerloh
  • Titik Tengah Semenanjung Malaysia, Temerloh
  • Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Lanchang
Pakej Zamrud
3 Mutiara
  • Taman Negara, Jerantut
  • Kota Gua Gelangi, Kota Gelangi
Pakej Mutiara
4 Platinum
  • Taman Negeri Rompin, Rompin
Pakej Platinum
5 Delima
  • Pulau Tioman, Rompin
Pakej Delima
6 Lawatan Keluarga
  • Cherating, Kuantan
  • Muzium Sungai Lembing, Kuantan
  • Pusat Tenun Pahang, Kuantan
  • Muzium & Istana Pekan, Pekan
  • Menara 118, Kuantan
Pakej Lawatan Keluarga

 

Aktiviti Sukan

Sukan Keputusan

 

Pengenalan

Latar Belakang

Persidangan Perhutanan Malaysia (MFC) merupakan satu platform bagi ahli persidangan untuk saling bertukar fikiran, maklumat dan berkongsi pengalaman berkaitan pentadbiran, pengurusan, perancangan serta pembangunan sektor perhutanan di Malaysia pada masa kini. Penganjuran MFC telah bermula pada tahun 1966 dan ia diadakan setiap tiga (3) tahun sekali di mana penganjurannya dibuat secara bergilir-gilir antara Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah (JP Sabah) dan Jabatan Hutan Sarawak (JH Sarawak). Pada dua (2) giliran terakhir penganjuran MFC, JP Sabah telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran MFC Ke-17 pada tahun 2014, manakala JH Sarawak pula pada tahun 2018 bagi MFC Ke-18. Simbolik penggiliran MFC telah pun diserahkan kepada JPSM semasa Majlis Penutupan MFC Ke-18 yang lalu di mana JPSM akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran MFC Ke-19. Kali terakhir JPSM menjadi penganjur adalah pada tahun 2011 di Bandaraya Melaka. Pada Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia (PPNSM) yang diadakan pada 20 Sehingga 24 November 2019 telah memutuskan supaya lokasi penganjuran MFC ke-19 pada tahun 2022 adalah di Negeri Pahang.

Objektif Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19

Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19 ini dianjurkan bertujuan untuk:

  1. Membincang dan mengenalpasti penyelesaian bersama terhadap masalah berkaitan pengurusan dan pembangunan hutan;
  2. Menyelaras pengurusan dan penggunaan sumber hutan yang dirancang secara efektif demi pembangunan negara;
  3. Menyelaras penyelidikan dan penggunaan teknik-teknik terbaik dalam semua aspek operasi dan penggunaan hasil hutan;
  4. Memupuk perhubungan serta persefahaman di kalangan warga perhutanan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak; serta
  5. Meningkatkan kesedaran orang awam melalui publisiti dan pendidikan berkaitan kepentingan perhutanan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Tema Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19

Adapting Forestry To New Reality

Sub-Tema dan Jumlah Kertas Kerja Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19

Sub-tema adalah tajuk bagi sesi plenary (sesi pembentangan kertas kerja) yang dibahagikan mengikut ketetapan sub-tema Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19 iaitu:

  1. Sub-tema 1: Forest Governance: Policy, Legislation, Enforcement and Certification
  2. Sub-tema 2: Sustainable Forest Management: Technology, Innovation and Practices
  3. Sub-tema 3: Forest Ecosystem Services: Food, Water, Energy and Climate Change
  4. Sub-tema 4: Forest Biodiversity: Conservation, Restoration and Protection
  5. Sub-tema 5: Forest Economy and Comodity: Forest Economic, Forest Plantation, Wood Based Industry and Non-Timber Forest Products
  6. Sub-tema 6: Forest for Livelihood: Social Forestry, Ecotourism and CEPA (Communication, Education, Partcipations & Awareness)