Skip to main content

Majlis Penyerahan Sijil Pajakan & Gotong-royong Perdana Taman Eko-Rimba (TER) Lata Jarum dan Program Penghijauan Malaysia @ Sg. Dong

 
Majlis Penyerahan Sijil Pajakan & Gotong-royong Perdana Taman Eko-Rimba (TER) Lata Jarum dan Program Penghijauan Malaysia @ Sg. Dong, Raub telah dilancarkan pada 24 Mac 2022 oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Raub, Tn. Khairul Fahmi.

Program ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi Kerajaan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di sepanjang Sungai Dong, Daerah Raub.

Sejumlah 400 pokok telah diedarkan kepada JPKK Peruas, Pamah Rawas, Pamah Kulat, Kuala Keloi, Bukit Pampong, Tanjung Putus, Lechar dan Pasir Bayam untuk ditanam di tebing Sungai Dong yang terjejas teruk akibat banjir pada Januari lepas.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!

PEMBERITAHUAN PERMOHONAN BAGI MENJALANKAN KAJIAN/PENYELIDIKAN DI NEGERI PAHANG MELALUI SISTEM MyABS

Adalah ini dimaklumkan bahawa setiap permohonan penyelidikan di Negeri Pahang hendaklah diangkat telebih dahulu kepada Ketua Sekretariat Majlis Biodiversiti Pahang bagi meneliti permohonan mejalankan kajian berkaitan biodiversiti di Negeri diperoleh melalui capaian URL https://www.myabs.gov.my/.

 

Permohonan boleh dihantar terus ke MBP dan disalinkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Alamat surat menyurat adalah seperti berikut:-

 

Ketua Sekretariat

Majlis Biodiversiti Pahang

d/a Bahagian Perancang Ekonomi Negeri

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,

Tingkat 4, Blok B, Wisma Sri Pahang,

25503 Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

(u.p: Puan Wan Suhaini binti Wan Mohamad)

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di talian: 09-5732911

Majlis Penyerahan Tapak Projek Cameron Highlands Montane Park (CHiMP)

Diadakan pada 11 Mac 2022 bertempat di Taman Eko-Rimba Parit Fall, Cameron Highlands. Untuk rekod, projek CHiMP telah dilaksanakan oleh pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan tujuan untuk membangunkan sebuah pusat konservatori pelbagai spesies flora hutan pergunungan.
Berikutan tamatnya Nota Kerjasama pelaksanaan projek CHiMP, tapak projek tersebut telah diserahkan kembali kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP). Pihak JPNP akan terus memelihara tapak projek CHiMP sebagai produk ekopelancongan yang baharu.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YH. Dato' Indera Mohd. Ridza bin Awang (Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia).

Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok @Pasar Minggu Raub

Pada 27 Februari 2022, Pejabat Hutan Daerah Raub telah menjayakan Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok @Pasar Minggu Raub di mana sebanyak 200 batang pokok daripada pelbagai spesies diedarkan secara percuma kepada pengunjung.

Antara spesies pokok yang diedarkankan ialah gajus, kedondong, manggis, tecoma, mata pelanduk dan asam jawa.

Pengunjung turut didedahkan berkaitan program ini dan diwajibkan memuat turun aplikasi Penghijauan Malaysia sebelum mengambil pokok yang disediakan.

Program ini akan terus diadakan dari masa ke semasa bagi meningkatkan penyertaan masyarakat awam dalam menjayakan program ini.

PEMBUKAAN SEMULA KAWASAN EKOPELANCONGAN BESTATUS HUTAN SIMPAN KEKAL

PEMBUKAAN SEMULA KAWASAN EKOPELANCONGAN BESTATUS HUTAN SIMPAN KEKAL

 

Sukacita dimaklumkan Taman Eko-Rimba, Hutan Taman Negeri dan kawasan pendakian berstatus Hutan Simpanan Kekal akan dibuka kepada para pengunjung mulai 7 Mac 2022 (Isnin). Namun, lima (5) buah kawasan ekopelancongan berikut kekal tutup iaitu :

 

  • Taman Eko-Rimba Chamang (Bentong);
  • Taman Eko-Rimba Lentang (Bentong);
  • Gunung Rajah (Bentong);
  • Bukit Raka (Bentong);
  • Taman Eko-Rimba Lata Berembun (Raub).

 

Untuk ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest, pengunjung diwajibkan untuk mendapatkan pakej daripada ejen pelancongan di Cameron Highlands. Ini kerana hanya kenderaan lasak sahaja yang boleh akses ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest.