Laporan Aduan Berkaitan Air Keruh Di Lata Jarum
- Berikut adalah laporan aduan tangkap layar Facebook oleh Razlan Abdrasid berkaitan kekeruhan air di Sg. Dong, Taman Eko-Rimba (TER) Lata Jarum, Raub.
- Semakan awal Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) pada 15 Februari 2022 mendapati air sungai memang berada dalam keadaan keruh sepertimana didakwa.
-
Cuaca hujan di kawasan Ulu Dong & Hutan Simpan Gunung Benom sejak kebelakangan ini disyaki menjadi punca kepada kekeruhan air sungai ini. JPNP mengesyaki terdapat insiden tanah runtuh di hulu sungai ini.
-
JPNP pernah menerima aduan sama pada 28 Disember 2021, dan semakan menggunakan dron telah dijalankan dan mendapati terdapat kesan tanah runtuh di hulu sungai, yang berada di Hutan Simpan Gunung Benom.
-
Berkaitan pagar yang berkunci dan tertutup, Kerajaan Negeri melalui keputusan MMK ke-2/2022 telah meluluskan permohonan lanjut tempoh bagi mengurus, menjaga & menyelenggara sebahagian TER Lata Jarum kepada JKKK Kg. Peruas bermula tahun 2022.
-
JKKK ini mempunyai masalah dalam mematuhi syarat Permit Penggunaan dan kini pihak kami dalam proses melantik operator baharu bagi menguruskan TER Lata Jarum. Kawasan ini dijangka akan beroperasi semula pada 1 Mac 2022 memandangkan sebarang aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal masih belum dibenarkan buat masa ini.
-
Untuk makluman, kawasan Pejabat Pembangunan Hutan Pejabat Hutan Daerah Raub & Pusat Kecemerlangan Rafflesia High Conservation Value Forest (HCVF) Ulu Dong yang mempunyai populasi Bunga Pakma (Rafflesia) berada di luar kawasan pajakan.
-
JPNP turut menegaskan bahawa tiada sebarang aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah berlaku di hulu Sungai Dong tersebut.
-
Sungguhpun demikian, pasukan JPNP akan menjalankan semakan lanjut dan terus memantau perubahan kadar kekeruhan air sungai ini dari masa ke semasa.
Kempen Penanaman 5 Juta@Pahang: Hutan Simpan Chini
Kempen Penanaman 5 Juta@Pahang: Hutan Simpan Chini telah diadakan pada 5 dan 6 Februari 2022 di Tasik Chini, Pahang bersama Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Komuniti Tasik Chini. Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan Yang Berhormat Encik Mohd Sharim bin Md Zain, Ahli Dewan Negeri Chini turut menyertai kempen ini. Sebanyak lebih kurang 3000 pokok di kawasan seluas lebih kurang 10 hektar telah ditanam sepanjang kempen ini berlangsung. Antara agensi Kerajaan dan NGO yang hadir menyertai kempen ini ialah:
- Pejabat Daerah & Tanah (Pekan)
- Jab Alam Sekitar (JAS)
- Pejabat Tanah & Galian (PTG)
- Malaysian Nature Society (MNS)
- Skuad Sabil
- Pekan Bikers
- Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP)
- CISNET
- Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM)
- Sultan Ahmad Shah Environmental Foundation (SASEF)
- BirdGroup Taman Negara
- Sahabat Alam Malaysia (SAM)
- Persatuan Sahabat Ekologi Perak
- Puteri Umno Pekan
- Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang
- Sukarelawan Tunas Warisan (STW) Negeri Pahang
- GPMS Paya Besar
- Majlis Belia Negeri Pahang
- Persatuan India Prihatin Pahang
- Puteri UMNO Chini
- Wanita UMNO Chini
- Pemuda UMNO Chini
- Majlis Belia Felda Malaysia
- UFC
- Pertubuhan Karom Chini
- Diva Fitness Dance
- Edu Bike Club
- Jabatan Amal Negeri Pahang
Pertandingan Mencipta Logo Taman Eko Rimba Mossy Forest, Cameron Highlands
Pertandingan Mencipta Logo TER Mossy Forest adalah anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang bertujuan mempromosikan TER Mossy Forest dan menjadikan reka bentuk logo yang terbaik sebagai logo rasmi bagi TER Mossy Forest. Pertandingan ini akan dibuka pada 15 Februari 2022 hingga 15 April 2022.
Maklumat berkaitan pertandingan ini boleh dimuat turun dari pautan di bawah:
MAKLUMAT PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO TER MOSSY FOREST
Longgokan Kayu Di Sungai Kerau Di Jabatan Sri Telemong
Lebih banyak artikel..
- Kenyataan Media Berkaitan Isu Longgokan Kayu Di Jalan Bentong-Karak Berhampiran Stesen Timbang JPJ Karak Dan Jambatan Sri Telemong
- Program Jom Tanam Pokok Bersama Pahangfm
- Kenyataan Media Berkaitan Pembalakan Di Hutan Simpanan Kekal Lentang
- Kempen Penanaman 5 Juta Pokok @pahang : Hutan Simpan Batu Talam bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Hutan Simpan Batu Talam