Skip to main content

Seksyen Pengurusan Am, Kewangan dan Sumber Manusia

Fungsi Seksyen ;

  1. Melaksanakan urusan berkaitan pentadbiran am Jabatan seperti perkhidmatan perjawatan, tindakan tatatertib dan kerjaya kakitangan; 
  2. Melaksanakan urusan berkaitan kewangan Jabatan seperti gaji dan elaun, Anggaran Mengurus Tahunan, pembelian barangan dan perkhidmatan stor dan rekod serta audit dalaman;
  3. Memantau pelaksanaan HRMIS di Jabatan dan lapan (8) pentadbiran Pejabat Hutan Daerah iaitu Kuantan/Pekan/Maran, Rompin, Temerloh/Bera, Jerantut, Lipis, Bentong, Raub dan Cameron Highlands
  4. Mengemaskini data-data peribadi bagi semua perjawatan di Jabatan;
  5. Menyelaras penyediaan infrastruktur pelaksanaan HRMIS;
  6. Membantu menyelesaikan masalah pencen, cuti, isytihar harta, Sasaran Kerja Tahunan (SKT), Majlis Bersama Jabatan (MBJ) melalui sistem HRMIS;
  7. Memastikan semua data asas HRMIS disahkan dan sentiasa dikemaskini; dan
  8. Bertanggungjawab dalam aspek-aspek kutipan hasil yang meliputi premium, royalti, ses pembangunan hutan dan caj-caj lain serta laporan shuttle.

Lawatan YAB. Menteri Besar Pahang Ke Lokasi Pemulihan Tasik Chini

Tasik Chini, 29 November 2021 - Lawatan YAB. Menteri Besar Pahang ke lokasi pemulihan Tasik Chini, Pekan.
 
Pada lawatan ini YAB. Menteri Besar telah melawat kawasan tanaman pokok yang telah bermula sejak Jun 2021 yang lalu dan beliau juga telah dimaklumkan berkaitan perkembangan pemulihan kawasan terosot dalam Hutan Simpan Chini.
 
Turut ditayangkan di penghujung lawatan ialah video Program Kerjasama Pemulihan Tasik Chini Antara Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dengan Penduduk Orang Asli Tasik Chini.

Strategi Jabatan

 

Dasar dan strategi jangka panjang Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) adalah berpandukan kepada Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) yang telah diterima pakai oleh Kerajaan Negeri. Secara amnya dasar ini memperkukuhkan penubuhan Hutan Simpanan Kekal, pengusahasilan secara saintifik dan teratur unutk menjaminkan bekalan kayu-kayan yang berterusan. Ia juga memberikan perhatian khusus kepada Pembangunan Industri Berasaskan Kayu serta masyarakat umum tentang kepentingan sektor perhutanan selaras dengan Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992). Berpandukan kepada dasar di atas, bidang-bidang keutamaan Pembangunan Hutan yang dirumuskan adalah seperti berikut:-

PENGURUSAN SUMBER HUTAN

Memperkukuhkan kedudukan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), menyediakan Rancangan Pengurusan HUtan Negeri dan Rancangan Tahunan HUtan berpandukan kepada amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.

PENGUSAHASILAN SUMBER HUTAN

Melaksanakan operasi pengusahasilan hutan mengikut Sistem Pengurusan Memilih (SMS) secara sistematik dan terkawal demi untuk mengurangkan kerosakan terhadap dirian tinggal serta anak benih dan mengawal keseimbangan ekologi serta kestabilan alam sekitar dengan melaksanakan pengusahasilan hutan mengikut Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang telah ditetapkan.

PEMBANGUNAN SUMBER HUTAN

Melaksanakan kerja-kerja pemulihan hutan asli secara teratur menerusi rawatan silvikultur ke arah mencapai produktiviti hutan maksimum dengan mempergiatkan usaha-usaha menghutan semula kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal yang kurang proaktif.

PEMBANGUNAN INDUSTRI KAYU KAYAN

Mengawal selia perjalanan industri-industri berasaskan kayu ke arah mempertingkatkan mutu pengeluaran dan menggalakkan pertumbuhan industri berasaskan kayu secara hiliran di samping keluaran utama bagi meningkatkan nilai tambah kepada industri dan hasil negeri serta memberi nasihat teknikal dari masa ke semasa.

PEMULIHAN DAN REKREASI

Mengawal selia kawasan hutan secara intensif bagi kestabilan alam sekitar dan mengekalkan kepelbagaian hayat di dalam hutan asli serta mempertingkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan rekreasi tanpa menjejaskan keasliannya.

PENGEMBANGAN DAN LATIHAN

Melaksanakan aktiviti-aktiviti pengembangan dan serantau kepada semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran awam tentang peranan perkhidmatan Jabatan Perhutanan. Memberi segala bentuk nasihat teknikal berhubung dengan hutan dan fungsinya serta berkenaan dengan pokok dan peranannya. Meningkatkan kecekapan kakitangan menerusi program-program latihan, kursus dan seminar untuk memberi pendedahan asas profesionalisme perhutanan di kalangan pegawai-pegawai hutan mengikut peredaran masa.

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan hutan secara berkekalan dan intensif berdasarkan kepada Enakmen Perhutanan Negara 1984 (pemakaian) 1985, Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1987, Kaedah-Kaedah Hutan 1988 dan Kaedah Industri Berasaskan Kayu 1990 serta melengkapkan pasukan atau unit penguatkuasaan dengan alat-alat kemudahan dan kemahiran di dalam melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan.

 

 

Tiada berita buat masa ini

Penanaman Pokok Durian Dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal

 jata

MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI MALAYSIA

(Minister of Water, Land and Natural Resources)

Penubuhan Ladang Hutan adalah bertujuan untuk menampung bekalan kayu-kayan daripada hutan asli bagi membekal spesies kayu kayan bermutu tinggi dalam menyokong pelaksanaan Dasar Perindustrian Kayu Negara 2010 (NATIP).  Tumpuan penubuhan Ladang Hutan adalah di kawasan-kawasan HSK yang terosot.  Kawasan ini merupakan kawasan HSK yang dikelaskan sebagai kawasan Hutan Pengeluaran iaitu suatu kawasan hutan yang akan diusahahasil bagi tujuan pengeluaran kayu balak. 

Pada masa ini, sebanyak lapan (8) spesies yang telah dikenal pasti dan boleh dipertimbangkan untuk tanaman ladang hutan di bawah NATIP yang dibiayai menerusi dana Pembangunan Ladang Hutan, iaitu :

  1. Akasia (Acacia mangium);
  2. Batai (Paraserianthes falcataria);
  3. Binuang (Octomeless sumatrana)
  4. Getah (Hevea spp.);
  5. Jati (Tectona grandis);
  6. Khaya (Khaya ivorensis); dan
  7. Kelempayan (Neolamarckia cadamba)

Pokok durian tidak termasuk sebagai salah satu daripada spesies Ladang Hutan yang dikenalpasti untuk ditanam di bawah NATIP.  Pokok durian tidak menepati ciri-ciri pokok ladang hutan dan tidak boleh menggantikan keadaan semulajadi hutan yang memberikan pelbagai perkhidmatan ekosistem yang penting seperti kawasan tadahan air dan habitat hidupan liar.