Skip to main content

Kutipan Fi Masuk Taman Eko Rimba

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah memutuskan untuk mengenakan bayaran fi masuk bagi lokasi di bawah bermula 1 Mac 2019.

  1. Taman Eko Rimba Jerangkang, Maran - kadar fi sama seperti  DI SINI
  2. Mossy Forest, Cameron Highlands - kadar fi adalah seperti berikut;
Kategori Pelawat Warganegara Bukan warganegara
Dewasa (13-59 tahun) RM 10.00 RM 30.00
Kanak-kanak (3-12 tahun) RM   5.00 RM 15.00
Warga Emas (60 tahun ke atas) RM   5.00 RM 30.00
Orang Kurang Upaya Percuma Percuma

 

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia.  Jabatan  bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu :

  • Pengilangan
  • Perlombongan dan Pengkuarian
  • Pembinaan
  • Hotel dan Restoran
  • Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
  • Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
  • Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
  • Kemudahan - Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
  • Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
  • Perniagaan Borong dan Runcit

Borang-borang yang digunakan dalam melaporkan sebarang kejadian berbahaya di tempat kerja adalah seperti berikut ;

JKKP 6 - Laporan mengenai kemalangan/kejadian berbahaya

JKKP 7 - Laporan mengenai keracunan pekerjaan/penyakit pekerjaan

JKKP 9 - Maklumat berkaitan kemalangan

JKKP 10 - Maklumat berkaitan keracunan/penyakit pekerjaan

Borang-borang di atas boleh didapati melalui pautan Laman Web Rasmi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Kes-kes kemalangan juga boleh dilaporkan menggunakan Borang Laporan Kes Kemalangan.

Peperiksaan Khas Untuk Pembantu Operasi (N11/N14) dan Pembantu Awam (H11/H14) Bagi Memasuki Skim Perkhidmatan Pengawas Hutan Gred G19

Peperiksaan
Tahap 1
 
Tarikh
6 Disember 2018 (Khasmis)
 
Masa
8.15 Pagi
 
Pusat Peperiksaan
Dewan Kompleks Dagangan Mahkota, Sektor 2, Jalan Sultan Ahmad Shah, Kuantan

 

Kadar Fi Kawasan Ekopelancongan

1) Kadar Fi Masuk Ke Taman Eko-Rimba

 Kategori Pengunjung  Warganegara  Bukan Warganegara
 I Dewasa (13 - 59 tahun) RM3.00 RM10.00
II Kanak-kanak (3 - 12 tahun) RM1.50 RM5.00
III Warga Emas (60 tahun dan ke atas) RM1.50 RM10.00
IV Orang Kelainan Upaya Percuma Percuma

Setakat ini, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang hanya mengutip bayaran fi masuk di empat (4) Taman Eko-Rimba sahaja iaitu:

  1. Taman Eko Rimba Chamang, Bentong
  2. Taman Eko-Rimba Lentang, Bentong
  3. Taman Eko-Rimba Gunung Senyum, Temerloh
  4. Taman Eko-Rimba Sungai Pauh, Cameron Highlands

2) Kadar Fi Masuk Ke Taman Negeri Rompin, Pahang

Kategori Pengunjung Warganegara Bukan Warganegara
I Dewasa (13 - 59 tahun) RM30.00 RM50.00
II Kanak-kanak (3 - 12 tahun) RM10.00 RM30.00
III Warga Emas (60 tahun dan ke atas) RM15.00 RM30.00
IV Orang Kelainan Upaya Percuma Percuma

 

3) Kadar Fi Masuk Ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest

Kategori Pengunjung Warganegara Bukan Warganegara
I Dewasa (13 - 59 tahun) RM10.00 RM30.00
II Kanak-kanak (3 - 12 tahun) RM5.00 RM15.00
III Warga Emas (60 tahun dan ke atas) RM5.00 RM30.00
IV Orang Kelainan Upaya Percuma Percuma

 

4) Kadar Fi Menggunakan Kemudahan Dalam Kawasan Ekopelancongan

Kemudahan Unit Kadar Fi
(a) Titian Kanopi/Silara    
Warganegara    
(i) Dewasa seorang RM10.00
(ii) Kanak-kanak seorang RM5.00
Bukan Warganegara    
(i) Dewasa seorang RM20.00
(ii) Kanak-kanak seorang RM10.00
     
(b) Dewan Terbuka sebuah/hari RM100.00
(c) Dewan Serbaguna sebuah/hari RM150.00
(d) Kantin sebulan RM200.00
(e) Kiosk sebulan RM100.00
(f) Gerai sehari RM10.00
(g) Petak Jualan sehari RM5.00
(h) Tandas sekali masuk RM0.50
(i) Padang sejam RM100.00
(j) Astaka sejam RM50.00
(k) Wakaf sejam RM30.00
(l) Sijil sekeping RM5.00
(m) Petak Letak Bas sekali masuk/hari RM10.00
(n) Petak Letak Bas Mini/Van sekali masuk/hari RM5.00
(o) Petak Letak Kereta sekali masuk/hari RM3.00
(o) Petak Letak Motosikal sekali masuk/hari RM1.50

 

5) Kadar Fi Penginapan Di Kawasan Ekopelancongan

Kemudahan Penginapan
Unit Kadar Fi
(a) Asrama seorang/malam RM20.00
(b) Chalet - 2 bilik seorang/malam RM150.00
(c) Chalet B - 1 bilik seorang/malam RM150.00
(d) Chalet A - Frame seorang/malam RM20.00
(e) Tapak khemah seorang/malam RM10.00
(f) Asrama Penyelidikan (Taman Negeri Rompin sahaja) seorang RM50.00
(g) Rumah Hobbit (maksimum kapasiti 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak) sehari RM250.00

 

6) Kadar Fi Menjalankan Aktiviti Dalam Kawasan Ekopelancongan

Aktiviti
Unit Kadar Fi
(a) Fotografi sehari atau mana-mana bahagiannya RM500.00
(b) Pengambaran atau rakaman filem/komersial/dokumentari/iklan sehari atau mana-mana bahagiannya RM500.00
(c) Pelaksanaan kajian (Deposit) setiap kajian RM500.00
(d) Kayuhan basikal lasak seorang/hari RM5.00
(e) Pendaftaran Jurupandu Denai Alam setahun RM100.00
(f) Perkhidmatan Jurupandu Denai Alam bagi setiap kumpulan(5-10 orang) sehari atau mana-mana bahagiannya RM500.00
(g) Perkhidmatan Porter setiap kilogram RM10.00

 

7) Permit Penggunaan Menjalankan Aktiviti Dalam Kawasan Ekopelancongan

Permit Penggunaan
Unit Kadar Fi
Sukan bermotor dalam Hutan Simpanan Kekal  
(a) Kereta pacuan empat roda (4x4) setiap kereta RM100.00
(b) Motosikal lasak (Motocross) setiap motor RM50.00

 

Cadangan Penubuhan HCVF

High Conservation Value Forest (HCVF) ditakrifkan sebagai suatu kawasan hutan yang mempunyai nilai ekonomi, nilai persekitaran dan sosial, serta kawasan hutan yang dianggap luar biasa atau sangat tinggi tahap kepentingan nilainya dan dikategorikan sebagai kawasan hutan dalam Hutan Simpan Kekal (HSK).

Orang awam dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan kawasan yang mempunyai nilai-nilai seperti yang dinyatakan di atas. Cadangan boleh dimajukan kepada:

Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan)
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang,
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25990 Kuantan, Pahang

Sila gunakan borang yang boleh dimuat turun di bawah.

BORANG CADANGAN PENUBUHAN HCVF