Notis Pengoperasian JPNP Sepanjang Tempoh PKPD
Berikut adalah prosedur pengoperasian pejabat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Daerah Kuantan pada 24 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021 bagi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).
Penutupan Premis Pejabat Kepada Pelanggan
- Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Tingkat 5, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota.
- Pejabat Pembangunan Hutan, Bukit Sekilau, Kuantan.
- Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran, Bukit Sekilau, Kuantan.
Penutupan Kaunter Hasil di Ibu Pejabat JPNP.
- Kaunter hasil di Tingkat 5, Kompleks Tun Razak adalah ditutup.
- Semua bayaran hendaklah dibuat secara pindahan wang atas talian atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang ke akaun Bank Muamalat 0601 0002 165711.
- Sila emelkan butiran bayaran ke emel
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. danAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .
Pengusahasilan Dibenarkan Mengikut Kebenaran MITI dan Majlis Bandaraya Kuantan.
- Pelesen Pembalakan
- Kontraktor Pembalakan
- Pemegang Permit
- Kontraktor Pembangunan Hutan
- Pengusaha Industri Berasas Kayu
Penguatkuasaan
Pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan. Sebarang pertanyaan atau aduan boleh hubungi talian 09-5732911 atau emel ke