| 1. |
JAWATAN |
| |
(a) |
Nama Jawatan |
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29 (PEKERJA SAMBILAN HARIAN) |
| |
(b) |
Kumpulan Perkhidmatan |
PELAKSANA |
| |
(c) |
Klasifikasi Perkhidmatan |
PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN |
| |
(d) |
Taraf Jawatan |
SEMENTARA (Sambilan Bergaji Hari) |
| |
(e) |
Tempoh Jawatan |
3 BULAN (Boleh dilanjutkan sehingga maksimum Tiga (3) bulan lagi berdasarkan prestasi) |
| |
(f) |
Kadar Upah |
RM 72.00 SEHARI |
| |
(g) |
Waktu Bekerja |
8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG (ISNIN HINGGA JUMAAT) |
| |
(h) |
Tempat Bertugas |
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG |
| |
|
|
|
| 2. |
SYARAT LANTIKAN |
| |
Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- |
| |
| |
(a) |
Terdiri daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Pahang; |
| |
(b) |
Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan; |
| |
(c) |
Memberi keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai: |
| |
|
i. |
Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
| |
|
ii. |
Sijil dalam bidang kejuteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
| |
|
iii. |
Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
| |
|
iv. |
Diploma dalam bidang kejuteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
| |
(d) |
Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; |
| |
(e) |
Berpengetahuan dalam mengendalikan komputer akan diberi pertimbangan utama; |
| |
(f) |
Pemohon yang sedang berkhidmat dengan mana-mana jabatan/agensi kerajaan hendaklah memohon melalui ketua jabatan masing-masing; |
| |
(g) |
Komited dan bertanggungjawab dalam apa jua tugas yang diberikan; dan |
| |
(h) |
Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen memandu kenderaan Kelas 'D'; dan |
| |
(i) |
Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berasal dari daerah Kuantan atau penduduk tetap di Kuantan. |
| |
|
|
| 3. |
FUNGSI BIDANG TUGAS |
| |
(a) |
Membantu menjalankan pelaksanaan Sistem Aplikasi TechnoLog. |
| |
(b) |
Membantu menyelaras pembangunan dan pelaksanaan Sistem Eko-Pelancongan Perhutanan Pahang. |
| |
(c) |
Membantu menyediakan persekitaran development server dan production server yang selamat bagi pembangunan dan pelaksanaan sistem aplikasi. |
| |
(d) |
Membantu membangunkan aplikasi mobil bagi mengurus pangkalan data aset jabatan. |
| |
(e) |
Membantu menyelaras ketersediaan infrastruktur workstation pengguna dari sudut keperluan perkakasan dan perisian. |
| |
(f) |
Membantu menyelaras dan melaksanakan khidmat sokongan teknikal program merangkumi penyediaan peralatan ICT, audio visual projection, bahan cetak dan publisiti, persembahan montaj, siaran Facebook Live dan memastikan keurusetiaan teknikal berjalan lancar. |
| |
(g) |
Membantu menganalisis keperluan perisian, antvirus dan memastikan perisian antivirus diuruskan secara berpusat. |
| |
(h) |
Membawa kenderaan jabatan sebagai pemandu gantian. |
| |
|
|
| 4. |
PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN |
| |
Pekerja yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. |
| |
|
| 5. |
CARA MEMOHON |
| |
(a) |
Permohonan hendaklah mengemukakan RESUME yang dikemaskini; |
| |
(b) |
Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar terkini berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan, Sijil Tamat Persekolahan dan Sijil/Dokumen yang ada berkaitan dengan jawatan dipohon. |
| |
(c) |
Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK: |
| |
|
i. |
Tidak disertakan dokumen yang diperlukan; |
| |
|
ii. |
Sijil/Dokumen tidak disahkan; |
| |
|
iii. |
Tidak Lengkap atau tidak terang; |
| |
|
iv. |
Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan |
| |
|
v. |
Tidak ditandatangani. |
| |
| 6. |
ALAMAT PENGHANTARAN |
| |
Permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah pada atau 6 Mac 2022 (Ahad), jam 12.00 tengahari. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Sijil-Sijil berkaitan yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak. Hanya permohonan yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. |
| |
|
| |
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, |
| |
Tingkat 5, Kompleks Tun Razak |
| |
Bandar Indera Mahkota |
| |
25990 Kuantan |
| |
Pahang |
| |
(u/p : Unit Pengurusan Sumber Manusia) |
| |
|
| 7. |
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 06 Mac 2022 |
| |
|
| 8. |
CATATAN AM |
| |
i. |
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga; |
| |
ii. |
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan |
| |
iii. |
Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan. |