Skip to main content

Taklimat dan Banci Pertanian 2024 bagi Kluster Perhutanan dan Pembalakan Negeri Pahang

Seramai 91 peserta menyertai Taklimat dan Banci Pertanian 2024 bagi Kluster Perhutanan dan Pembalakan Negeri Pahang di Dewan Bakawali Kompleks Tun Razak Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Banci Pertanian diadakan bagi mendapat struktur dan ciri-ciri sektor pertanian yang komprehensif dan terperinci pada suatu masa yang meliputi subsektor tanaman, ternakan, perikanan dan perhutanan dan pembalakan bagi pegangan pertanian.

Program taklimat berkenaan diadakan dua hari bermula hari ini (12 September 2024), sementara Banci Pertanian bermula 7 Julai lalu dan berakhir 10 Oktober depan.
JPNP bersama Jabatan Perangkaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk menjayakan sesi Taklimat dan Banci Pertanian 2024 bagi kluster perhutanan dan pembalakan Negeri Pahang.
Turut sama pada majlis perasmian Timbalan Pengarah (Pembangunan) JPNP, Nor Zaidi Jusoh.

6275961828626515802

6275961828626515808
6275961828626515809

6275961828626515812
6275961828626515816
6275961828626515842

Program Kesedaran Pemuliharaan Alam Sekitar Anjuran Bersama JPNP dan UTM

8 Jun 2023 (Khamis) - Seramai 60 orang peserta dari Kolej Komuniti Tapah dan NGO telah menyertai Program Kesedaran Pemuliharaan Alam Sekitar anjuran bersama JPNP dan UTM.
Sebanyak 350 anak pokok dari spesies Araucaria, Gerok, Mempening dan Damar Minyak telah ditanam di Hutan Simpan Terla B, Daerah Cameron Highlands dalam program ini.
JPNP sentiasa menyambut baik pelawaan dan kerjasama dari semua pihak bagi bersama-sama menghijaukan Negeri Pahang amnya dan Daerah Cameron Highlands khususnya.

Pelancaran Sistem e-Ecopark Pahang

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) akan melancarkan Sistem Ekopelancongan Perhutanan Negeri Pahang (e-Ecopark) bermula 1 JUN 2023 di pautan http://forestry.pahang.gov.my/e-ecopark . Namun tarikh aktiviti yang boleh dimohon adalah bermula pada 1 Ogos 2023 .

Sistem ini dibuka kepada orang awam bagi membuat permohonan menjalankan aktiviti berikut dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Taman Eko-Rimba (TER) yang diurus oleh JPNP:

  1. Pendakian gunung/bukit/trail.
  2. Penyelidikan (setelah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri/Majlis Biodiversiti Pahang).
  3. Aktiviti sukan lasak/bermotor/basikal/pacuan empat roda.
  4. Rakaman filem/penerbitan komersial.
  5. Pendidikan/latihan.
  6. Tempahan kemudahan dan penginapan di TER.
  7. Pembelian tiket masuk TER.


Kelebihan sistem:

  1. Boleh diakses secara atas talian oleh semua pengguna.
  2. Proses kelulusan permohonan dibuat oleh Pejabat Hutan Daerah berkaitan.
  3. Pemohon boleh membuat semakan status permohonan dan bayaran secara atas talian selepas mendapat kelulusan.

Panduan kepada pengguna:

  1. Pengguna (orang awam) perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu sebelum menggunakan Sistem e-Ecopark.
  2. Permohonan mesti dibuat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh aktiviti, kecuali pembelian tiket masuk TER.
  3. Bagi setiap permohonan yang telah diluluskan, pemohon perlu membuat bayaran dalam tempoh sehingga jam 11.59 malam keesokan harinya.
  4. Permohonan akan dibatalkan secara automatik jika tiada bayaran diterima dalam tempoh tersebut.
  5. Pemohon masih terikat dengan peraturan dan undang-undang semasa yang ditetapkan di setiap lokasi ekopelancongan. Pemohon tidak dibenarkan untuk
    • Membawa minuman keras.
    • Membawa haiwan peliharaan.
    • Melakukan perbuatan sumbang/khurafat/maksiat.
    • Membuat pembakaran terbuka.
    • Memburu/memancing.
    • Melakukan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh JPNP.
  6. Sistem e-Ecopark hanya digunakan untuk kawasan ekopelancongan berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Pahang. Bagi tempahan dan bayaran untuk kawasan ekopelancongan dalam HSK yang telah diswastakan, pengguna perlu merujuk kepada pengurus/operator swasta untuk keterangan lanjut.
  7. Kawasan ekopelancongan dan kadar fi yang dikenakan ke atas setiap permohonan boleh dirujuk di https://forestry.pahang.gov.my/index.php/info-taman-eko-rimba.
  8. Permit Memasuki HSK yang dikeluarkan melalui sistem ini adalah terpakai dalam negeri Pahang sahaja. Sebarang aktiviti yang merentasi sempadan negeri Pahang perlu mendapat kelulusan permit dari Jabatan Perhutanan Negeri berkaitan.
  9. Tiada pemulangan semula bayaran bagi sebarang permohonan yang telah diluluskan.
  10. Pihak JPNP berhak membuat penutupan kawasan ekopelancongan tanpa sebarang notis awal.

Status Pencapaian Kempen (2021 - 2025)

Rekod Tanaman Pokok Bagi Program Penghijauan Malaysia @Pahang Melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Pahang

Bulan Tahun
2021 2022 2023
Januari 827,818 201,532 556,289
Februari 260,771 359,094 209,230
Mac 74,527 586,501 176,451
April 49,711  355,019 323
Mei 66,780 136,738 1
Jun 10,885 448,141  
Julai 37,225 94,001  
Ogos 563,240 99,657  
September 669,087 158,223  
Oktober 650,611 678,236  
November 138,707 134,447  
Disember 5,689 127,001  
Jumlah 3,355,051 3,378,410 953,460
Jumlah Terkumpul 7,686,921 batang pokok

 

Penghijauan Malaysia @Pahang

KEMPEN PENGHIJAUAN MALAYSIA TANAMAN 100 JUTA POKOK PERINGKAT NEGERI PAHANG
"Program 1 Pokok, 1 Rakyat Negeri Pahang"

KOMITMEN KERAJAAN NEGERI

Majlis Mesyuarat Kerajaan (PASCA MMK) Bilangan 12 Tahun 2021 telah bersetuju untuk menjalankan Program 1 Pokok, 1 Rakyat Negeri Pahang. Program ini dipengerusikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang.

Sasaran Penanaman Pokok Negeri Pahang Tahun 2021: 5 Juta Pokok
(1 Pokok, 1 Rakyat Negeri Pahang)

PELAKSANAAN PERINGKAT NEGERI PAHANG

Pengerusi : YAB. Menteri Besar Pahang
Pengerusi JK Bertindak : Pengarah Perhutanan Negeri Pahang
Setiausaha : Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan)
Ahli : Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan
    Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Pahang
    Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
    Pegawai Daerah dan Tanah Bentong
    Pegawai Daerah dan Tanah Bera
    Pegawai Daerah dan Tanah Cameron Highlands
    Pegawai Daerah dan Tanah Jerantut
    Pegawai Daerah dan Tanah Lipis
    Pegawai Daerah dan Tanah Kuantan
    Pegawai Daerah dan Tanah Maran
    Pegawai Daerah dan Tanah Pekan
    Pegawai Daerah dan Tanah Rompin
    Pegawai Daerah dan Tanah Raub
    Pegawai Daerah dan Tanah Temerloh
    Pegawai Hutan Daerah Bentong
    Pegawai Hutan Daerah Temerloh Bera
    Pegawai Hutan Daerah Cameron Highlands
    Pegawai Hutan Daerah Jerantut
    Pegawai Hutan Daerah Lipis
    Pegawai Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran
    Pegawai Hutan Daerah Rompin
    Pegawai Hutan Daerah Raub
    Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang
    Pengurus Besar Amanah Saham Pahang Berhad
    Pengurus Sultan Ahmad Shah Environment Trust
    Pengurus Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang
    Majlis Tindakan Sosial Pahang

Peranan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal:

  1. Merancang, mengatur strategi, menyelaras pelaksanaan dan memantau aktiviti penanaman pokok di Negeri Pahang
  2. Menyelaras dan memastikan mekanisme pelaporan aktiviti penanaman pokok oleh semua agensi/pihak/individu dapat direkod dengan teratur ke arah pencapaian sasaran yang telah ditetapkan
  3. Mengemukakan laporan/maklumbalas/isu permasalahan pelaksanaan di peringkat daerah kepada Pengerusi
  4. Merancang dan menyelaras peruntukan kewangan bagi pelaksanaan kempen


PELAKSANAAN PERINGKAT DAERAH

Pengerusi : Pegawai Daerah
Penyelaras/Seiausaha : Pegawai Hutan Daerah
Pelaksana : Semua Jabatan/Agensi/Pihak Berkuasa Tempatan
    Komuniti/MPKK
    IPTA/IPTS/Sekolah
    Syarikat Swasta
    NGO dan individu

Peranan Pengerusi Peringkat Daerah

  1. Mengatur strategi untuk membudayakan aktiviti penanaman di daerah untuk segenap lapisan masyarakat.
  2. Menggalakkan penyertaan jabatan, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi kerajaan, IPTA/IPTS, sekolah, komuniti, sektor swasta dan NGO dalam aktiviti perolehan bahan tanaman (anak pokok) dan aktiviti penanaman.
  3. Menyelaras aktiviti hebahan dan promosi Program 1 Pokok, 1 Rakyat Negeri Pahang.
  4. Memantau pelaksanaan Program 1 Pokok, 1 Rakyat Negeri Pahang di peringkat daerah.

Peranan Penyelaras/Setiausaha:

  1. Memberi khidmat nasihat teknikal aktiviti perolehan bahan tanaman dan penanaman pokok.
  2. Membantu promosi dan publisiti kempen dan progra.
  3. Membantu libat urus komuniti dalam aktiviti penanama.
  4. Membantu pengumpulan data dan pelaporan kempe.
  5. Mengemukakan laporan/maklumbalas/isu permasalahan pelaksanaan di peringkat daera.

Pelaksana:

Menanam pokok buah/landskap/hutan dan lain-lain yang sesuai di kawasan perumahan/pejabat/kilang/sekolah/universiti/surau/dewan/dll dan memuatnaik maklumat ke dalam portal www.100jutapokok.gov.my sama ada secara individu/agensi.